Buah Tangan Terbaru Imran Ajmain - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Buah Tangan Terbaru Imran Ajmain

Terkenal dengan lagu hit, Seribu Tahun pada tahun 2007, kini penyanyi dan penggubah lagu, Imran Ajmain menghadiahkan buah tangan terbaru untuk peminatnya.

Single Intan Dan Perak nmemiliki ciri istimewa pop balada buat penikmat muzik di Malaysia. Imran terinspirasi untuk mencipta karya tersebut selepas menyaksikan filem Blood Diamond lakonan Leonardo DiCaprio pada 2006. “Berpaksi pengorbanan lelaki terpaksa mendepani situasi gelap dalam perhubungan. Watak utama dalam filem ini ditunjangi oleh Djimon Hounsou yang dijadikan hamba abdi di sebuah tapak perlombongan berlian semasa perang saudara di Sierra Leone, Afrika hingga dia harus melalui banyak onak dan duri untuk mendapatkan intan berharga.

“Semua ini dilakukan demi menyelamatkan diri dan keluarganya daripada peperangan yang berlaku. Walaupun berjaya pada pengakhiran cerita, namun dia menanggung bermacam insiden serta pengalaman yang teramat menyiksa jiwa raganya.

“Relevannya, naratif itu juga boleh digunakan di dalam perhubungan moden di mana wanita zaman kini punya pendidikan tinggi sekali gus memiliki pendapatan tinggi hingga menjadikan golongan lelaki pula tidak mampu melakukan hal sama termasuk mengekalkan hubungan,” jelas Imran penuh metafora mengenai lagu tersebut.

Imran juga tidak berdepan masalah kala merakam lagu ini kerana telah membuat persiapan sejak awal lagi termasuk menjaga vokal dan tidak terkecuali kesihatan. Justeru, proses rakaman berlangsung dengan lancar tambahan pula dia memang mempunyai cita-cita tinggi untuk muncul semula dengan karya solo selepas Seribu Tahun.

Peminat akan mendengar Intan dan Perak yang masih kekal bermelodi pop balada bersama lenggok suara Melayu, ada elemen muzik berentak R&B dan Hiphop. Imran meletakkan jangkaan tinggi agar single ini diterima baik oleh peminat lalu menjadi siulan peminat yang selama ini mengikuti perjalanan karier seninya.

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist