Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Buah Tangan Terbaru Daripada Tulus Buat Peminat Muzik Di Malaysia

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dikenali sebagai penyanyi lelaki solo dan pencipta lagu independent, Tulus memulakan kerjayanya dengan melancarkan album pertama pada  2011. Lirik dengan melodi yang indah dan unik serta makna yang mendalam adalah signature karya muziknya. Sebanyak 50 penghargaan baik dalam bidang muzik dan sinematografi telah dia perolehi sepanjang enam tahun perjalanan muziknya. Dia berkarya di bawah naungan Tulus Company,  selaku label rakaman dan pengurusan artis yang telah melancarkan tiga album muzik untuk Tulus dan menariknya, semua karya dalam ketiga-tiga album tersebut adalah hasil ciptaannya sendiri.

Tulus Company bekerjasama dengan Shiraz Music untuk memperluaskan lagi pengaruhnya secara rasmi di Malaysia. Album terbarunya, Monokrom kini boleh kamu dapatkan di pasaran. Melalui album ini, Tulus diberi peluang berkolaborasi dengan The City of Prague Philharmonic di Republik Czech. Sesi rakaman diiringi alat-alat muzik gesek daripada The City of Prague Philharmonic untuk lima buah lagu.

Tulus juga telah berkolaborasi dengan pemuzik dari serata dunia seperti Davy Linggar, Melati Suryodharmo, dan Papermoon Puppet Theatre dan ramai lagi.

 

 

Foto: Shiraz Music

Tubuh saja genit, tapi suara saya satu dewan boleh dengar (macam tertelan speaker!). Seorang yang periang dan suka record diri sendiri memasak, sesuailah dengan column saya – Lifestylist. Lavish holiday is so me. Nampak macam manja tapi can get the job done. Saya kaki karaoke dan orang kata suara saya seperti Ning Baizura. When it comes to navigation, I am the best!

Lifestylist