Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Britney Spears Hampir Ditembak Oleh Peminat Obses?

Insiden scary itu berlaku semasa persembahan Piece of Me show Britney di Las Vegas bulan lepas.

 

Siapa sangka, malam yang sepatutnya jadi fun night untuk Britney dan peminatnya telah bertukar menjadi insiden tragis. Berdasarkan video rakaman peminat yang dimiliki oleh TMZ, insiden itu berlaku sejurus selepas Britney habis melakukan persembahan You drive me Crazy.

Britney yang langsung tidak sedar dengan kehadiran penceroboh itu, hanya sedar selepas menoleh ke belakang pentas dan terus kelihatan sangat ketakutan dan cemas dengan bertanya “adakah dia ada pistol?”. Pengawal keselamatan Britney bagaimanapun bertindak dengan pantas untuk menangkap penceroboh itu demi mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Penari-penari Britney juga dengan pantas menjadi body guards dengan mengepung dan melindungi Britney dari perceroboh itu. Good job boys! Penceroboh yang bernama Jesse Webb itu telah pun ditangkap pihak berkuasa pada malam itu juga dan dihantar ke Clark County Detention Center untuk tindakan lanjut. Tiada sebarang senjata ataupun benda yang merbahaya ditemui pada pada Jesse semasa penangkapan itu.

Jesse Webb/Foto: Las Vegas Metropolitan Police Department

Sigh. Ada-ada saja peminat sekarang ini kan? Jadi sangat obses dengan selebriti sampai sanggup bertindak kurang pandai! Tolonglah ingat ya, selebriti pun manusia biasa juga. Mereka perlukan privasi dan ruang sendiri. Respect please! Cosmo sends all prayers and loves to Britney. Harap Britney tidak akan trauma dengan insiden ini dan akan meneruskan konsertnya seperti biasa. #WeLoveYouBritney

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor