Britney Spears Disahkan Alami Tekanan Mental Lagi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Britney Spears Daftar Diri Di Pusat Kesihatan Mental

Britney Spears Disahkan Alami Tekanan Mental Lagi

Britney Spears dilaporkan telah mendaftarkan dirinya di pusat kesihatan mental setelah "suffering from emotional distress", berdasarkan laporan Variety.

Related image

Sumber terdekat Britney memberitahu TMZ, Britney susah untuk menerima hakikat tentang penyakit ayahnya yang tak sembuh-sembuh. Ususnya pecah pada tahun lalu, dan baru-baru ini dia melakukan lagi pembedahan, yang dilaporkan membawa kepada komplikasi.

"Kesihatan ayahnya telah menganggu dirinya," sumber lain memberitahu People. "Ayahnya hampir meninggal dan sebenarnya baru saja membuat pembedahan sekali lagi beberapa minggu lepas. Dia tidak sihat. Mereka sangat rapat. Tak ada apa-apa yang dramatik berlaku dengannya. Britney cuma sedar dia perlu menjaga dirinya sendiri."

TMZ melaporkan Britney memasukkan dirinya di pusat tersebut minggu lalu dan akan menetap di sana selama 30 hari. Britney sendiri memberitahu peminatnya di Instagram dengan gambar berserta quote
“Fall in love with taking care of yourself. Mind, body, spirit."

November lalu, Britney mengumumkan dia akan menangguhkan Las Vegas residency untuk fokus kepada keluarga. "Saya tak tahu bagaimana nak mula kerana ini sangat sukar untuk saya," katanya di Twitter. "Saya tidak akan membuat persembahan baru saya, Domination. Saya sangat teruja dengan show ini dan berjumpa kamu semua, so doing this breaks my heart".

Cosmo doakan Britney akan berasa lebih tenang dan sihat, begitu juga dengan bapanya.

Artikel asal: Emma Baty (Cosmopolitan.com)

4 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Image result for britney spears and dad

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker