Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Breaking News: Tidur 8 Jam Mungkin Memudaratkan Kamu?

Jangan biarkan kamu menekan butang snooze kerana tidur yang panjang mungkin menggangu kesihatan.

Kita sering mendengar pentingnya mendapatkan tidur lapan jam setiap malam. Lupakan! Laporan dalam Wall Street Journal sebaliknya mendapati bukan sahaja tujuh jam, mendapatkan tidur lapan jam atau lebih mampu menyebabkan gangguan kesihatan. Sememangnya terlebih tidur tidak bagus, malah lebih teruk dari itu.

Kajian Dr. Daniel F. Kripke di Universiti California San Diego mendapati peserta yang tidur 6.5 jam ke 7.4 jam memiliki kadar kematian lebih rendah dari yang tidur lebih lama atau sebaliknya.

Dalam kajian Dr. Kripke, bukti mengatakan meningkatnya usia, kita memerlukan tidur yang sedikit. Selepas kajian pada 450 orang wanita berusia, dia mendapati mereka hanya perlukan tidur lima jam sahaja. Andai lebih daripada 6.5 jam, kemungkinan kadar kematian lebih tinggi.

Kadar kematian dijangka tinggi sangat menakutkan, namun terdapat pelbagai lagi risiko pada kamu yang terlebih tidur termasuk kencing manis, obesiti dan penyakit cardiovascular.

Mujur fungsi cognitive dan isu ingatan (sering dikaitkan dengan tidur tidak secukupnya) tidak berubah dengan jika terlebih tidur, tetapi keadaan tersebut masih tidak mampu menyedarkan kamu, entah apa lagi yang sepatutnya dihujah di sini.

Sumber: Cosmopolitan.com