Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
work

Bosan Dengan Kerjaya Sekarang? Lakukan Ini

Pekerjaan boleh dikatakan bak perhubungan. Seronok dan teruja pada mula, lepas seketika mula rasa bosannya. Cosmo berkongsi cara untuk kamu tingkatkan kerjaya sekarang dan rasa lebih bersemangat di tempat kerja.

work

 

Imbas Kembali Momen Itu

Cuba kenang balik saat kamu terima panggilan telefon itu. Ya waktu kamu ditawarkan kerja buat kali pertama. Gembira tak terkata, kan? Sama juga seperti sekarang. Jika diberi tanggungjawab baru, pastikan kamu buat bersungguh-sungguh. Jika waktu kerja kamu,  lebih fleksibel, belajar untuk gunakan masa dengan baik. Bila dinaikkan pangkat tahap pengurusan, cuba bina hubungan baik dengan pembantu. Mungkin dengan memintanya buat kopi can break the ice. Dalam masa yang sama kamu boleh melatih diri untuk jadi mentornya.

 

Fake It Till You Make It

Walau kamu bengang atau penat sekalipun, cuba untuk senyum. Menurut kajian tempatan sebuah universiti di Jepun, senyum boleh buatkan kamu rasa lebih gembira sebenarnya. Fikirkan isyarat gerak tubuh kamu juga. Kerana keadaan fizikal boleh merubah bagaimana rakan sekerja melayan kamu. Tiada siapa nak serahkan projek pada orang yang suka berkerut atau jalan terbongkok. Yang orang suka, pekerja yang ada postur bandan yang baik dan bersemangat tinggi.

 

Bercuti Bila Perlu

Tidak seperti Eropah yang diberi cuti setahun 30 hari, di Malaysia kebiasaannya cuti tahunan hanya 14 ke 15 hari. Tetapi inilah realitinya, biasanya hanya 10 hari diambil dan lainnya ‘terbang’ begitu saja. Stop letting them expire! Bercuti beri kamu motivasi dan lebih gembira untuk mulakan kerja. Luangkan masa di luar pejabat agar minda kamu boleh recharge. Secara tak langsung buatkan kamu semangat bila bekerja semula.

 

Biarkan Kerja Hanya Di Pejabat

Walau macammana sibuk sekalipun keadaan di pejabat, kamu perlu ingat; you are not your job. Cuba bina hobi selepas waktu kerja. Kamu boleh melukis, mengajar tuisyen, belajar bahasa ketiga, joging atau apa je yang menarik dan memuaskan! Bukan saja membentuk personaliti, hobi-hobi ini boleh meluaskan pengalaman kamu. Keterujaan bila di garisan penamat atau setiap kali kamu mengajar sesuatu yang baru boleh membentuk keyakinan dan motivasi bila di tempat kerja.

 

Tahu Bila Perlu Beralih Arah

Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, bayaran gaji yang setimpal adalah dialu-alukan. Jangan biarkan dirimu dibelenggu duka jika semua tip-tip di atas langsung tidak membantu. Dah tiba masanya untuk kamu fikirkan exit strategy. Beri tempoh masa pada diri kamu. Misalnya, “Saya nak tukar kerja akhir tahun ini,” dan mulakan pencarian kamu. Mulakan dengan mengemas kini profil LinkedIn seminggu sekali dan hantar e-mel ke syarikat-syarikat tertentu sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Kawal perasaan kamu supaya tak rasa begitu helpless bila berada di tempat kerja.

 

Foto: 123rf.com

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor