Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
human body hacks

Body Hacks Yang Patut Kamu Cuba!

Tubuh badan manusia adalah mempunyai fungsi yang hebat dalam kehidupan. Bagaimana jika salah satu anggota tubuh kamu tidak berfungsi dengan baik? Cosmo kongsikan body hacks untuk kamu lakukan sebagai alternatif untuk mempertingkatkan fungsinya. Ajaib sungguh!

human body hacks

1. Gatal Tekak

Pelik namun kajian membuktikan menggaru telinga menguangkan kegatalan anak tekak. Ini kerana ia merangsang deria otot yang berkait rapat dengan tekak. Tak percaya? Cubalah.

2. Gangguan Pendengaran

Jika ia berlaku, cuba gunakan telinga kanan untuk mendengar. Telinga kanan berfungsi untuk mendengar sebarang ucapan dengan lebih baik. Manakala telinga kiri lebih baik untuk mendengar muzik dan nota lagu. Pendengaran telinga terganggu selalunya disebabkan masalah selesema.

3. Takut Jarum Suntikan

Jika kamu takut kepada jarum suntikan sehingga menimbulkan perasaan panik, cuba berdehem atau batuk ketika disuntik jarum. Batuk menyebabkan paras darah meingkat dan trik ini terbaik untuk menahan kesakitan jarum.

human body hacks

4. Melegakan Sakit Gigi

Sementara menahan sakit gigi sebelum berjumpa doktor, gosok kiub ais di tapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk. Terdapat deria di bahagian itu yang berkait rapat dalam mengurangkan kesakitan gigi.

5. Hidung Tersumbat

Kesukaran untuk bernafas amat bahaya jadi gunakan trik ini – tekan lidah ke lelangit mulut atau tekan bahagian tengah di antara kening kamu menggunakan jari selama 20 saat. Kamu juga boleh mencuba tip dengan membuat kaedah wap muka dengan air hangat.

6. Gemuruh

Tiup ibu jari kamu secara perlahan tetapi kerap. Fakta: Ibu jari mempunyai deria, di mana jika kamu meniupnya, ia akan meredakan degupan jantung. Lakukan trik ini ketika perasaan gemuruh menyerang dan tenangkan diri dengan bernafas perlahan-lahan.

 

Foto: 123rf.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness