Bilangan Adik-Beradik Mempengaruhi Haluan Kerjaya Kamu, Menurut Kajian - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bilangan Adik-Beradik Mempengaruhi Haluan Kerjaya Kamu, Menurut Kajian

Hmm, sangat menarik!

adik-beradik

Foto: Disney

Bergantung sama ada kamu percaya pada takdir atau tidak, sesetengah orang berkata sebenarnya keputusan yang kita buat sudah pun ditentukan – dan walaupun kamu fikir kerja/perhubungan/kehidupan kamu bergantung kepada pilihan kamu, ia sebenarnya tidak.

Cosmo bukanlah mengaku sebagai ahli falsafah, tapi kajian mengenai jumlah adik-beradik mempengaruhi kerjaya yang kamu pilih ini menunjukkan yang kita semua dipengaruhi oleh benda dan orang sekeliling. Inteeeeresting.

 

Foto: Warner Bros

Disney, yang menjalankan kajian untuk meraikan Frozen pada National Siblings Day, membandingkan sampel lebih 500 individu berjaya dari 11 kerjaya berbeza untuk mengetahui sama ada certain group of childrens akan lebih berjaya dalam beberapa pilihan kerjaya.

Para pengkaji kemudiannya menganalisis propotion setiap adik-beradik dalam setiap kumpulan sampel, dan membandingkannya dengan jangkaan kepada ‘normal family’ seperti yang tertera dalam data Office for National Statistics (ONS) untuk melihat jika terdapat perbezaan.

Hasilnya? Kajian menunjukkan anak tengah 30 peratus lebih menjurus untuk menjadi CEO syarikat berbanding adik-beradik lain, dan 60 peratus lebih menjurus untuk menjadi penulis.

Foto: Tumblr

Anak sulung adalah the rockstars dan angkasawan dalam keluarga, sementara 50 peratus anak bongsu lebih menjurus untuk menjadi komposer.

Menariknya, anak tunggal 180 peratus menjurus untuk menjadi pelukis, manakala anak bongsu berpotensi menjadi explorer berbanding anak sulung atau anak tengah.

Sound familiar?

 

Artikel asal: Dusty Baxter-Wright (www.cosmopolitan.co.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor