Bibir Hibrid Menakjubkan! - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bibir Hibrid Menakjubkan!

Kamu suka gincu, kamu suka glos dan ada hari-hari yang kamu mahukan keduanya… Inilah harinya!

4pics low

Kamu fikir kereta saja canggih dengan versi hybrid, warna bibir pun boleh kalau ia menggabungkan efek glos, warna dan juga lembapan yang tinggi. Inilah Laneige Intense Lip Gel, produk hybrid yang telah dirumuskan untuk memaksimumkan ciri-ciri glos dan juga gincu dalam satu.

Teksturnya seperti glos, kepekatan warnanya seperti gincu dan bila dioleskan pada bibir, kamu akan mendapat kemasan berkilauan dengan warna terang. Malah ia begitu melembap, bibir yang kering akan kelihatan licin dan menawan tanpa kesan melekit.

page2

Ciri-Ciri hebat Intense Lip Gel

  1. Lembapan & Kilauan Segara

Dengan teksnologi ‘Gel Double-Layer Forming Technology dan top coat gel yang larut air memastikan efek high gloss, sementara formulasi polimer air, gel dan minyak membekalkan pemakaian bertahan tanpa kesan melekit.

  1. Lembapan berpanjangan

Kandungan minyak lembapan bertindak seperti lip balm buat bibirmu. Minyak lembapan meresap ke dalam kulit  dan membentuk lapisan polimer elastik yang menghalang lembapan daripada keluar.

  1. Aplikator Lip Gel

Ia akan membantu mewarnakan bibir dan mengisi setiap lekuk dan kedutan dengan lembapan. Bibir kelihatan licin dan berkilauan.

 

10 warna menarik untuk kamu pilih!

LANEIGE Intense Lip Gel_Display low

 

 

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru