Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
bibir-berkilauan-bak-kaca

Bibir Berkilauan Bak Kaca

Diilhamkan oleh kaca berwarna-warni  yang berseri kala disimbahi cahaya LANEIGE Stained Glasstick adalah inovasi terbaru buat bibir dengan kemasan berkilauan yang bakal menyerikan seluruh wajahmu.

 

LANEIGE Stained Glasstick adalah lip stain dengan kemasan berkilauan yang membuatkan bibir kelihatan sihat dan segar. Warna lutsinar dengan aroma semula jadi pic dan strawberi menyaluti bibir seperti lapisan kaca kerana polimernya yang  lutsinar. Bibir dilindungi dengan lembapan sepanjang hari.

Teknologi Lapisan Pelbagai Warna dan Lembapan yang Tinggi

Kamu ada pilihan 10 warna seperti warna batu permata. Warna-warna ini menambah kemilauan cahaya telus pada bibir dan menghasilkan lebih banyak
warna yang berbeza dengan teknologi lapisan pelbagai warna - pigmen dan pewarna. Pigmen memberi warna pada bibir melalui pantulan cahaya sementara pewarna meresap ke dalam kulit dan memberi hasil warna semula jadi pada bibir.

 

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Bayangkan dengan 10 warna menawan, berapa banyak kombinasi yang boleh kamu hasilkan untuk warna kilauan bibir tersendiri? LANEIGE Stained Glasstick, RM85, sudah mula dijual Julai ini.

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru