Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
punggung

Betulkah Punggung Boleh Leper Kerana Duduk Sepanjang Hari?

Ia dikenali sebagai ‘office ass’ dan kamu pasti mahu elakkannya… Baca lebih lanjut untuk ketahui kebenarannya.

punggung

Perkara tentang kerja adalah (1) ia perlu dan (2) ada banyak kepentingannya. Sesiapa yang duduk di meja kerja selama lapan jam atau lebih sehari terdedah kepada tekanan darah tinggi, serangan jantung, kemurungan dan paling teruk, the New York Post melaporkan, ‘office ass’, punggung berterusan menjadi leper kerana duduk di pejabat sepanjang hari. Oh no! Antara perkara yang paling ditakuti wanita seluruh dunia!

Ahli terapi fizikal, Abby Bales mengesahkan kepada New York Post bahawa semakin lama kamu duduk tanpa bergerak, kemungkinan besar kamu akan mempunyai “kesukaran mengakftikan glutes untuk mengekalkan bentuk pinggul. Lebih banyak kamu duduk, lebih tinggi risiko kamu untuk miliki punggung leper.”

Mereka yang hanya duduk di pejabat tidak mempunyai masa untuk bersenam di siang hari, tapi dengan hanya berdiri atau berjalan di sekitar pejabat selama lima minit setiap sejam  boleh “meningkatkan keanjalan pinggul kamu” dan mengaktifkan otot-otot punggung agar tidak meleper. Bagi mereka yang tidak mempunyai masa untuk rehat setiap jam, Bales mencadangkan kamu supaya berdiri tegak, letakkan kusyen pada separuh belakang kerusi kamu dan pilih untuk berjalan ke tempat kerja daripada memandu.

Walaupun kamu sibuk dengan tugasan di tempat kerja, pastikan kamu ambil masa untuk berjalan-jalan seketika (pergi ke bilik air, keluar dari pejabat untuk makan tengahari, atau sekadar berjalan keliling pejabat untuk hirup udara sambil tenangkan minda). Ini pasti boleh membantu.

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Tess Koman

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor