Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bertengkar Dengan Pasangan? Ini Cara Tepat Tanganinya

Ada kalanya, bertengkar boleh bertukar jadi pergaduhan kalau tak kena gaya. Cuba teknik berikut yang bukan saja boleh buat si dia ‘akur’ cakap kamu malah boleh buat perhubungan kalian lebih mantap.

Foto: Shutterstock.com

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

4. SINGKIRKAN DRAMA

Wanita memang suka nak berdrama bila bergaduh. Tak perlulah menjerit, baling barang atau sampai histeria. Ia akan buat kamu nampak lebih menyakitkan hati atau lebih teruk, tak stabil. Kalau rasa marah sangat, walk away dan kembali bila dah tenang. Kamu akan rasa lebih jelas untuk bercerita mengenai pandangan kamu kepadanya, tanpa dia merasakan kamu dah meroyan.

5. IKTIRAF JIKA PANDANGANNYA BETUL

Percaya atau tidak, bukan semua yang berlaku silapnya seorang. Katakan yang kamu faham maksudnya daripada pandangan yang spesifik. Ia pasti akan buatnya rasa terkedu dan in return, akan lakukan yang sama untuk kamu.

6. HATI-HATI DENGAN AIR MATA

Tak mengapa nak menangis sewaktu bergaduh. Ada kalanya, bagus untuk tunjukkan kepada si dia yang kamu benar-benar sedih. Namun, kalau setiap kali kalian bergaduh kamu pun menitiskan air mata, sudah tentu ia akan menyampaikan mesej yang salah. Dia akan rasa seperti kamu buat-buat dan menggunakan air mata untuk memanipulasinya.

7. ELAK KEADAAN MENJADI LEBIH KERUH

Jika kamu sedar yang mulut nyaris nak keluarkan sesuatu yang kamu pasti akan sesali kemudian, baik kamu berhenti cakap dan kira sehingga sepuluh. “Beritahunya perbualan kalian dah ke arah lebih teruk dan kalian perlukan a time out. Jika dia tak pedulikan kamu dan terus ‘menembak,’ diam. Ingat, seorang daripada kamu perlu berlagak seperti seorang dewasa.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor