Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bertengkar Dengan Pasangan? Ini Cara Tepat Tanganinya

Ada kalanya, bertengkar boleh bertukar jadi pergaduhan kalau tak kena gaya. Cuba teknik berikut yang bukan saja boleh buat si dia ‘akur’ cakap kamu malah boleh buat perhubungan kalian lebih mantap.

Foto: Shutterstock.com

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. ELAK AYAT INI

“Kita kena berbincang.” Biasanya tiada apa yang bagus bila ayat ini diungkapkan, terutama sekali jika kamu gunakan nada suara penuh attitude. Ia pasti membuat si dia rasa seperti cacing kepanasan. Sebaliknya, mulakan dengan memberitahunya yang kamu nak cakap mengenai XX perkara supaya dia tahu perasaanmu tentangnya.

2. BERLAGAK SEPERTI KAMU NAK DENGAR PANDANGANNYA

Bahasa tubuh kamu boleh dedahkan seribu satu cerita. Duduk tegak, letak tangan diam-diam atas paha supaya ia tak ‘terbang’ sebarangan, pandang tepat ke matanya dan angguk untuk tunjukkan kamu benar-benar sedang mendengar. Jika kamu bercakap dengan tangan memeluk tubuh, bersandar dan dengan wajah kelat, si dia pasti akan rasa defensif daripada mula.

3. TAHU BILA NAK DIAM

Antara kesilapan terbesar yang wanita suka buat bila bergaduh adalah tak tahu bila nak berhenti. Wanita biasanya ada satu senarai panjang perkara yang mengganggu fikirannya dan ada kala kamu tak boleh selesaikan semua dalam satu perbualan. Tarik nafas dan biar si dia juga berikan pandangan. Dengar betul-betul apa yang perlu diperkatakannya. Jika kamu saling menyampuk, sampai bila pun masalah takkan selesai.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor