Bersantai Di Resort Tropikal Terbesar Di Langkawi
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bersantai Di Resort Tropika Terbesar Di Langkawi

Perkara pertama yang terlintas difikiran jika ke Langkawi adalah pusat beli-belah tanpa cukai. Tetapi bagaimana pula dengan penginapan? Resort manakah yang berbaloi untuk kamu bermalasan dan bersantai jika ke sana?

Cosmo memilih Berjaya Langkawi Resort! Lokasi yang stratergik dengan vibes tropika pasti membuatkan kamu tenang sepanjang masa. Terletak 14km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, ia mengambil masa kira-kira 20 minit menuju ke resort. Perjalanan menaiki grab car sangat lancar dan kamu akan terbuai dengan keredupan pokok-pokok rendang di sekitar jalan berbukit sebelum tiba di Berjaya Langkawi Resort.

Setibanya di sana, Cosmo basahkan tekak dengan segelas Iced Latte di Starbucks yang berada betul-betul di pintu masuk. Tiada apa yang pelik dengan kiosk minuman kopi popular itu, cuma kalau kamu mahu nikmati Starbucks, tidak perlu memandu jauh ke Cenang Mall kerana Berjaya Langkawi adalah satu-satunya resort yang memiliki Starbucks kiosk di Langkawi.

Dari kawasan lobi kamu sudah boleh dengar bunyi ombak dan desiran angin pantai. Pantai resort itu hanya boleh diakses oleh tetamu dan menjadikannya sangat eksklusif tanpa gangguan pengunjung luar. Cosmo kemudian dibawa ke bilik menaiki van shuttle sambil menikmati keindahan persekitaran resort yang berkonsepkan tropika menghadap lautan biru.

4 of 15
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness