Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Berita Baik: Senaman Dengan Jangka Masa Lama Adalah Sia-sia

Hmm, jadi perlukah kamu hentikan sesi senaman di gim?

young woman exercising on gym machine

Jika kamu peminat tegar sesi berpeluh di gim, firstlyCosmo hormat pilihan kamu dan secondly, kami minta maaf kerana menurut sains, senaman di gim adalah sia-sia. Kajian terbaru dari McMaster University mendapati satu minit melakukan senaman hardcore memberi kesan fizikal sama dengan tahap berpeluh secara sederhana dalam tempoh 45 minit!

Bagaimana kajian ini terbukti? Cosmo boleh dengar kamu menangis. Hmm…duduklah (duduk bukan salah satu senaman pun). Otak-otak genius di sebalik kajian ini mula menyelidik dengan mengambil 25 lelaki yang tidak memiliki tubuh fit, dan menguji sejauh mana kehebatan kecergasan mereka dan kekuatan otot-otot, kemudian bahagikan mereka kepada tiga kumpulan.

Kumpulan pertama teruskan rutin senaman mereka, kumpulan kedua diarahkan untuk sertai sesi warm-up selama dua minit, dituruti 45 minit berbasikal dengan tahap kelajuan sederhana, genapkan dengan tiga minit rehatkan badan selepas itu.

Kumpulan ketiga berbasikal selama dua minit, mereka memecut untuk 20 saat, kemudian kayuh dengan perlahan selama 120 saat kemudian memecut kembali untuk 20 saat kemudian. Mereka ulang taktik ini sehingga 10 minit – hakikatnya, hanya satu minit diluangkan untuk melakukan senaman gigih.

Apabila semua kumpulan menghabiskan tiga sesi setiap minggu selama tiga bulan, keputusan mendedahkan bahawa kumpulan yang berbasikal selama 27 jam (FYI, itu adalah kumpulan kedua) mempunyai keputusan hampir sama (dari segi kecergasan aerobic, kawalan gula dalam darah dan otot-otot) dengan kumpulan ketiga, yang kesemuanya berbasikal selama enam jam dengan hanya 36 minit bersenaman lebih gigih. Ia bermaksud jalan ke peti sejuk untuk dapatkan pizza sama seperti berlari marathon? Betul?

Kajian membuktikan, namun latihan seperti ini jelas tak sesuai untuk semua orang, sebab ‘ia memerlukan tahap motivasi yang tinggi.’ Jadi, pilihan terletak di tangan kamu!

Foto: INGimage/Artikel asal: Jennifer Savin

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor