Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Di Tempat Kerja!

Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Di Tempat Kerja!

Ini antara tabiat yang boleh membantutkan perkembangan kerjaya kamu.

 

Nota penting: Sesetengah tabiat atau tingkah laku yang kamu anggap biasa (contohnya cakap lepas, menggunakan banyak tanda seruan dalam e-mel) boleh sabotaj status kamu sebagai pekerja cemerlang dan membantutkan potensi kamu untuk maju dalam kerjaya. Begitu juga sebaliknya, jika kamu jenis yang terlalu menurut perintah dan takut katakan tidak pada setiap permintaan bos atau rakan sekerja. "Wanita sering bertindak dalam cara tertentu kerana mereka tidak mahu digelar agresif atau tak boleh diharap," kata Peggy Klaus, jurulatih kempimpinan dan komunikasi, serta penulis Brag! The Art Of Tooting Your Own Horn Without Blowing It. Malangnya, bersikap terlalu mendesak atau terlalu menurut membuatkan rakan sekerja menganggap kamu sebagai tidak profesional. Cuba tinggalkan tiga tabiat kecil ini untuk membantu kamu capai kejayaan jangka masa panjang di tempat kerja.

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Katakan ‘Ya’ Pada Semua Perkara

Jika kamu dapati kamu sering ditugaskan untuk mencuci cawan atau merancang sambutan hari jadi staff di tempat kerja, kamu mungkin telah diberi jawatan sebagai ‘office angle’ tanpa kamu sedari! “Biasanya wanita suka menawarkan diri untuk membantu dengan tugas-tugas begini, tapi ia sebenarnya boleh memakan diri,” kata Kim Scott, penulis Radical Candor: Be A Kickass Boss Without Losing Your Humanity. Jika kamu sering melakukan kerja-kerja sebegini dan ia bukanlah sebahagian daripada job description kamu, orang akan menganggap kamu mudah ‘dikulikan’. Lain kali jika ada yang cuba meletakkan bebanan kerja begini di atas bahu kamu, katakan, “Alamak tak dapat tolonglah, saya ada kerja pejabat yang perlu disiapkan.”

 

 

Artikel asal: Molly Fitzpatrick (Cosmopolitan.in)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor