Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Di Tempat Kerja!

Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Di Tempat Kerja!

Ini antara tabiat yang boleh membantutkan perkembangan kerjaya kamu.

 

Nota penting: Sesetengah tabiat atau tingkah laku yang kamu anggap biasa (contohnya cakap lepas, menggunakan banyak tanda seruan dalam e-mel) boleh sabotaj status kamu sebagai pekerja cemerlang dan membantutkan potensi kamu untuk maju dalam kerjaya. Begitu juga sebaliknya, jika kamu jenis yang terlalu menurut perintah dan takut katakan tidak pada setiap permintaan bos atau rakan sekerja. "Wanita sering bertindak dalam cara tertentu kerana mereka tidak mahu digelar agresif atau tak boleh diharap," kata Peggy Klaus, jurulatih kempimpinan dan komunikasi, serta penulis Brag! The Art Of Tooting Your Own Horn Without Blowing It. Malangnya, bersikap terlalu mendesak atau terlalu menurut membuatkan rakan sekerja menganggap kamu sebagai tidak profesional. Cuba tinggalkan tiga tabiat kecil ini untuk membantu kamu capai kejayaan jangka masa panjang di tempat kerja.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Menghantar E-mel Dengan Tanda Kata Agresif

Mungkin kamu suka gunakan tanda seruan banyak-banyak bila hantar mesej kepada teman-teman, but on work messages? Kamu perlu tahu hadnya. “Ramai orang treat e-mel seperti pesanan teks kasual,” kata Jacqueline Whitmore, pakar etiket perniagaan dan penulis Poised For Success: Mastering The Four Qualities That Distinguish Outstanding Professionals. “Sebaiknya tulis setiap e-mel kerja dan anggap bos kamu akan membaca e-mel tersebut,” katanya. Adakah majikan kamu akan suka bila melihat puluhan tanda seruan? Mungkin tidak, kerana terlalu banyak tanda baca ini boleh disalah erti sebagai kebudak-budakan dan penerima tidak akan menganggap kamu serius. Untuk tampak profesional, akhiri ayat dengan noktah. Pengecualian? Jika kamu menghantar ucapan seperti ‘Tahniah!’.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor