Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Di Tempat Kerja!

Berhenti Lakukan 3 Perkara Ini Di Tempat Kerja!

Ini antara tabiat yang boleh membantutkan perkembangan kerjaya kamu.

 

Nota penting: Sesetengah tabiat atau tingkah laku yang kamu anggap biasa (contohnya cakap lepas, menggunakan banyak tanda seruan dalam e-mel) boleh sabotaj status kamu sebagai pekerja cemerlang dan membantutkan potensi kamu untuk maju dalam kerjaya. Begitu juga sebaliknya, jika kamu jenis yang terlalu menurut perintah dan takut katakan tidak pada setiap permintaan bos atau rakan sekerja. “Wanita sering bertindak dalam cara tertentu kerana mereka tidak mahu digelar agresif atau tak boleh diharap,” kata Peggy Klaus, jurulatih kempimpinan dan komunikasi, serta penulis Brag! The Art Of Tooting Your Own Horn Without Blowing It. Malangnya, bersikap terlalu mendesak atau terlalu menurut membuatkan rakan sekerja menganggap kamu sebagai tidak profesional. Cuba tinggalkan tiga tabiat kecil ini untuk membantu kamu capai kejayaan jangka masa panjang di tempat kerja.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. Takut Berterus-terang

Ada soalan untuk majikan kamu? Beritahu dengan jelas apa kamu mahukan. “Jika tidak berterus-terang, kemungkinan besar kamu takkan dapat apa yang kamu nak,” kata Peggy. Ada kalanya wanita tidak suka berterus-terang kerana telah diajar untuk cakap berlapik. Tapi bersikap terlalu ‘menunduk’ bolah dianggap sebagai lemah, dan rakan sekerja akan mula meragui keyakinan dan kelayakan kamu. Meraka juga akan fikir berkali-kali sebelum menyerahkan projek besar kepadamu. Jadi pastikan soalan kamu ringkas dan straightforward seperti, “Boleh tak saya jumpa bos tengah hari nanti? Kita perlu bincang tentang XYZ.” Semasa berbual, elak gunakan perkataan “I’m sorry” melainkan jika kamu benar-benar maksudkannya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor