Berhenti Kerja: Adakah Alasan Kamu Cukup Kukuh? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Berhenti Kerja: Adakah Alasan Kamu Cukup Kukuh?

Berhenti Kerja: Adakah Alasan Kamu Cukup Kukuh?

Dunia ini boleh jadi tempat paling membosankan, terutama jika kamu terperangkap dalam 9-to-5 desk job. Sebelum mengamuk tak tentu hala dan berjumpa majikan, pertimbangkan dahulu jika alasan kamu untuk berhenti kerja kukuh atau tidak. Jangan menyesal di kemudian hari pula ya.
Foto: Shutterstock.com

1) KAMU TIDAK MAJU (ATAU DIMAJUKAN)

Jika kamu mula bekerja untuk mendaki mercu kejayaan namun kamu tidak berganjak ke mana-mana selain daripada satu meja ke meja yang lain ketika coffee break, ia adalah petunjuk dan alasan paling kukuh untuk tinggalkan pekerjaanmu.

Apabila kamu berusaha keras dan bersikap vokal kepada majikan tentang kemajuan tapi masih mendapat alasan sama untuk tidak dinaikkan pangkat (atau gaji) setiap kali, sudah tiba masanya untuk move on daripada pekerjaan tersebut. Tiada yang lebih mengecewakan jika kamu sudah bertungkus lumus memajukan diri secara profesional tapi kebajikan kamu sebagai seorang pekerja tidak dijaga.

2) KAMU TERLALU SELESA

Jika kamu bertahan dengan pekerjaan yang pada mulanya hanya bersifat sementara dan kini kamu sedar bahawa sudah tujuh tahun kamu melakukan perkara sama, tiba masanya untuk kamu berhenti. Some jobs are transition jobs.     

Jika pekerjaan alihan kamu sudah menjadi alasan atau menghalang kamu daripada kerjaya yang kamu benar-benar mahukan, masanya kamu mengambil keputusan. Ia mungkin menakutkan pada awalnya tapi kamu akan lebih gembira dalam jangka masa panjang. Itu sebabnya kamu tidak boleh terlalu selesa dengan sesuatu pekerjaan.

3) IT’S EATING YOUR SOUL

Sejak mula dulu kamu seolah sudah menjangka bahawa kamu akan mempunyai pekerjaan yang sukar, bekerja dengan crazy bosses dan dilayan dengan teruk. Jika kamu dapati kamu terpaksa korbankan kehidupanmu dengan harapan kamu akan dimajukan, this is definitely not a good thing (or sign!).

Melainkan terdapat kontrak mengatakan bahawa kamu akan miliki pekerjaan impian dalam tempoh masa tertentu, jangan korbankan kewarasan akalmu pada harapan yang tidak akan jadi kenyataan. Kamu perlu bijak seimbangkan peribadi dengan sisi profesional. Jika pekerjaan kamu sudah memberi kesan terhadap keperibadianmu, tiba masa untuk kamu cari jalan keluar sebelum terlambat (stres kronik, depresi, burnout).

4) KAMU SUDAH CAPAI TAHAP MAKSIMUM

Kamu sudah lakukan segalanya dengan betul dan menurut arahan yang diberikan. Kamu bekerja bersungguh-sungguh dan sudah hampir capai mercu kejayaan. Tapi satu saja masalah yang timbul – kamu dihalang atau dihentikan. Jika kamu sudah capai tahap maksimum dalam sesebuah syarikat, mungkin sudah tiba masanya untuk bawa etika kerja dan bakat kamu ke syarikat lain yang akan lebih menghargainya.

5) KAMU MAHU BESARKAN ANAK

Apabila kerjaya kamu sudah jadi ‘anak’ kamu untuk sekian lama, mempunyai anak sendiri boleh menyukarkan keadaan. Kamu pasti berbelah bagi tidak tahu sama ada mahu kekalkan pekerjaan kamu ataupun take time off. Jika kamu sedar bahawa kamu mahu berhenti kerja dan membesarkan anakmu sendiri, ketahui bahawa melakukan sesuatu perkara untuk kebaikan kamu dan keluarga sentiasa akan menjadi keputusan terbaik yang pernah kamu ambil.

6) KAMU MELANGKAUI POTENSI

Jika kerjaya kamu tidak berikan kamu cabaran ataupun thrill seperti dulu dan menjadi semakin mendatar – punch in and punch out – tiba masa untuk cari alternatif lain. Tidak semua orang bertuah untuk jadi seorang rock star atau Oscar winning actress tapi apabila kamu luangkan majoriti masa kamu pada sesuatu perkara, you should enjoy it.

7) KAMU MAHU PERUBAHAN KERJAYA

Sama ada kamu sudah bersedia untuk sambung belajar atau mahu cuba sesuatu yang baru, tiba masa untuk kamu lakukannya. Berhenti beri alasan! Tiada masa yang lebih sempurna daripada sekarang dan lebih cepat kamu ubah situasi tersebut, lebih pantas kamu akan sampai ke destinasi yang dimahukan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor