Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Berhenti Guna Putik Kapas Untuk Bersihkan Telinga!

Ini sebabnya…

Banyak laporan mengatakan membersihkan telinga dengan putik kapas membawa lebih keburukan berbanding kebaikan, tapi ramai antara kita masih melakukan tabiat berbahaya ini. Jadi untuk menggalakkan penjagaan telinga yang sihat, American Academy of Otolaryngology-Head and Neck Surgery Foundation telah mengemas kini langkah terbaik untuk membersihkan telinga.

Menurut mereka, walaupun tahi telinga adalah ‘benda normal’ yang dihasilkan untuk membersih dan melindungi telinga, ramai yang tetap mahu menyingkirnya menggunakan putik kapas. Seperti yang diterangkan oleh Dr Seth R Schwartz, pengerusi badan tersebut, ini bukanlah idea yang baik.

“Pesakit selalu menyangka yang mereka menghalang pembentukan tahi telinga dengan membersihkannya menggunakan putik kapas, klip kertas, ear candles, atau banyak lagi benda lain yang kamu sendiri tak boleh bayangkan,” katanya. “Masalahnya, tindakan ini hanya akan menyebabkan tahi telinga masuk lebih jauh ke dalam dan memberi kesan kepada saluran telinga. Apa-apa saja yang dimasukkan ke dalam telinga boleh memberi kesan buruk kepada saluran dan gegendang, serta menyebabkan kerosakan sementara mahupun kekal.”

Cosmo faham memang sukar nak singkirkan tabiat ini, tapi ia boleh menggangu kitaran semula jadi penghasilan tahi telinga, yang sebenarnya bertindak sebegai self-cleaning agent. Sebaliknya, cuba mengunyah atau gerakkan rahang – ini cara lebih selamat untuk membantu tahi telinga lama keluar.

Laporan tersebut juga memberi amaran tentang penggunaan lilin untuk merawat sakit telinga dan menggesa orang ramai untuk berjumpa pakar jika telinga terasa sakit. Hmm, stok putik kapas yang kamu simpan atas meja solek tu? Gunalah untuk tujuan kecantikan dan solekan saja ya…

 

Foto: 123rf.com/Artikel asal: Katie Jones (www.cosmopolitan.co.uk)

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor