Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bercinta Dengan Ramai Lelaki Dalam Satu Masa?

Perlukah kamu berjanji temu dengan ramai lelaki dalam satu masa? Adakah mempunyai pilihan yang banyak menyukarkan lagi keadaan? Jawapan Cosmo; ya dan tidak!

Kamu sudah lama tidak membujang dan sejak teman lelaki kamu putuskan hubungan, kamu seolah berjanji pada diri sendiri untuk tidak meletakkan kebahagiaan pada orang lain. Jadi kamu pun bersikap lebih berhati-hati kerana tidak mahu dilukai lagi. Bukannya kamu bersikap memilih atau sudah tidak percaya pada lelaki, tapi kamu tidak mahu pisang berbuah dua kali. Namun apabila kamu tidak mencari atau tidak bersedia untuk apa-apa hubungan, muncul pula jejaka-jejaka beratur mengambil nombor! Jadi apa yang patut kamu lakukan? Perlukah kamu date dengan mereka semua? Dan jika kamu sudahpun keluar bersama beberapa jejaka, adakah ia sebenarnya memeningkan dan meyulitkan lagi keadaan sehingga kamu tidak tahu siapa yang patut dipilih sebagai teman hidup? Apa yang penting, tanam ini dalam fikiran kamu: Tidak salah kamu berkenalan dengan ramai jejaka kerana kamu masih single, kan? Tapi ada beberapa panduan yang perlu kamu ikut agar tidak kelihatan seperti seorang #playgirl.

 

Situasi 1: Perlukah date mereka semua pada masa sama?

Definitely yes! Tapi sebelum kamu lakukan apa-apa, terlebih dahulu beritahu perasaan kamu yang sebenar dan perspektif kamu terhadap situasi tersebut. Bersikap jujur agar dia faham kamu tidak menyimpan niat lain terhadapnya.

Sebagai contoh, jika kamu sedang dalam proses berkenalan dengan lelaki lain pada masa sama, beritahunya perkara itu tapi jangan berikan informasi terlalu banyak. Make it clear to him. Kamu boleh cuba, “Ya, I masih single dan I dalam proses berkenalan dengan lelaki lain juga. Lagipun I tidak mahu terburu-buru dalam bercinta. I’m seeing other guys and we are friends. Just like you and me.”

Jika pada janji temu pertama kamu sudahpun jelaskan keadaan tersebut pada dirinya, dia akan lebih memahami dan tidak akan memaksa kamu jalinkan hubungan dengannya. Apa yang lebih menarik adalah apabila dia mengetahui kamu berkenalan dengan jejaka lain, secara automatik dia akan cuba untuk step up the game dan ‘tewaskan’ pesaingnya untuk meraih cinta kamu satu hari nanti apabila kamu sudah bersedia.

Tapi ada kontranya juga apabila kamu beritahu perkara tersebut pada janji temu pertama. Besar kemungkinan itu adalah janji temu pertama dan terakhir untuk kalian berdua. Jadi untuk mengelak perkara tersebut berlaku (jika pada penghujung temu janji tersebut kamu benar-benar menyukai jejaka tersebut dan dia mempunyai potensi tinggi), katakan, “Tapi hanya kerana I belum bersedia untuk apa-apa hubungan serius, tidak bermakna I tidak mahukannya. I pilih untuk lebih berhati-hati. Jika perkenalan ini tidak berubah kepada percintaan, I nak you tahu kita masih boleh jadi kawan.” Do this and you are all good!

 

Situasi 2: Daripada enam jejaka, kini tinggal tiga jejaka yang berpotensi tinggi. Dan kamu tidak tahu siapa yang patut kamu pilih sebagai teman lelaki.

This is a no-brainer (walaupun ia sangat sukar kerana kamu cinta menggunakan hati dan bukannya minda). Jika kamu dapati diri terperangkap dalam situasi seperti ini, perkara pertama yang seharusnya kamu lakukan adalah jauhkan diri daripada mereka buat seketika. Dan bila Cosmo kata berjauhan, maknanya dari segala aspek – berjumpa, komunikasi, sosial media. This is the time for you to self-reflect. Lihat apakah perasaan kamu apabila berjauhan dengan mereka. Adakah perasaan rindu muncul? Atau kamu tidak berasa apa-apa?

Tapi jangan pula kamu lakukannya dengan cara mengejut! Beritahu mereka bahawa kamu perlukan masa untuk fikir tentang perasaan sendiri. Pastikan mereka faham bahawa ia bukannya tentang mereka – apa yang dia buat betul atau salah – tapi lebih kepada misi mencari diri sendiri. Dan jika mereka benar-benar mencintai dan menghormati kamu, mereka akan hormat dengan keputusan kamu dan berikan ruang kepadamu. Beritahu bahawa kamu akan bersikap jujur tidak kira apa jua keputusan kamu selepas fasa tersebut.

Cuba katakan, “I perlukan masa untuk self-reflect. It’s not you but it’s me. I perlukan masa dan ruang untuk fikir sebelum I buat apa-apa keputusan. I harap you hormat dengan permintaan I. Apabila I dah pasti, I akan beri you jawapan dan I tidak akan menipu you apatah lagi diri sendiri.”

Beberapa perkara yang perlu kamu pertimbangkan adalah adakah kamu benar-benar gembira dengan si dia? Adakah kamu mencintai dia sebagai seorang insan atau kamu cinta pada idea yang kamu ada terhadap dirinya dan juga sesuatu perhubungan? Adakah kamu suka serta hargai diri sendiri apabila kamu bersamanya? Dan paling penting, do you see your future with him? Apabila kamu sudah tahu jawapannya dan bersedia untuk buat keputusan, jujur dengan mereka. Ingat! Honesty is always the best policy. Walaupun ia mungkin mengecewakan atau menyakitkan, lebih baik kamu berinya jawapan daripada hilang begitu saja dan buat dia tertunggu-tunggu.

 

Foto: 123rf.com

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert