Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Boleh, Jika Kamu Patuhi 5 Syarat Ini - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Boleh, Jika Kamu Patuhi Syarat Ini

Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Boleh, Jika Kamu Patuhi 5 Syarat Ini

Dating a hot colleague isn’t always a NO-NO! Cosmo bariskan cara selamat untuk lakukannya.

Bercinta Dengan Rakan Sekerja? Boleh, Jika Kamu Patuhi Syarat Ini

Foto: Depositphotos

1) ‘Timbang’ semua halangan.

Semak semula polisi syarikat kamu. Jika apa-apa jenis office romance tidak dibenarkan dan kamu tidak mahu jejaskan kerjayamu (atau terpaksa cari pekerjaan baru), lebih baik kamu tidak melangkaui sempadan itu. Tapi kamu boleh teruskannya jika ia masih boleh dikawal dan tidak melanggar polisi syarikat atau tiada ‘black and white’ yang dikeluarkan oleh majikan. Kamu hanya perlu berhati-hati jika situasi tersebut bertukar keruh, reputasi kamu mungkin boleh terkena tempiasnya.

2) Elak PDA di tempat kerja.

Keep your hook-ups private, selepas waktu kerja dan di luar tempat kerja (bilik pantri adalah untuk buat kopi, bukan untuk kamu bergurau senda dan bermesraan ya). Hubungan rahsia kamu ini akan benar-benar berbaloi jika kamu keep it low di pejabat dan blast-it-all-out di tempat yang ramai orang.

3) Selaraskan masa kamu.

Rakan sekerja lain mungkin akan berasa curiga jika kamu berdua-duaan sampai larut malam. Tiba di pejabat dan balik rumah pada masa yang sama setiap hari. Jarakkan sedikit masa tiba dan waktu kamu balik sekurang-kurangnya 10 ke-15 minit. Jadi tidak ada siapa yang perasan yang kamu berdua sedang menjalin cinta.

4) Rahsiakan di realiti dan sosial media.

Kamu keep it low di realiti tapi tidak di media sosial? Itu salah! Jika kamu berdua ambil cuti untuk bercuti (take note: ia adalah langkah yang sangat bahaya!), dan bila ada yang bertanya ke mana kamu akan bercuti, katakan kamu bercuti bersama teman-temanmu. Ketika kamu berdua sedang bercuti, jangan muat naik gambar di laman sosial ataupun status updates – especially if your workplace is gossipy.

5) Bersikap jujur jika sudah tiba masanya.

Peraturan asas adalah untuk tunggu sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum kamu beritahu bahawa kamu bercinta dengan rakan sekerjamu. Beritahu penyelia kamu terlebih dahulu sebelum kamu hebohkannya pada rakan sekerja yang lain. Ia lebih profesional. Selepas itu apabila rakan sekerja bertanya hal itu, kamu boleh beritahu mereka dengan disclaimer jangan memperbesarkan hal itu (katakan: “Yeah, we’re seeing each other”), tapi jangan pula kamu tidak mengaku kerana ia akan berubah menjadi satu drama di mana mereka akan bergosip mengenainya.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor