Berat Badan Hanya 42kg, Cindy Crawford Paksa Kaia Gerber Tahan Lapar? - Page 2 of 6 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Berat Badan Hanya 42kg, Cindy Crawford Paksa Kaia Gerber Tahan Lapar?

Kemunculan Kaia Gerber di pentas peragaan memang dinantikan oleh penggemar fesyen. Apatah lagi ramai tidak sabar melihat bakat Kaia yang dicanang sehebat ibunya, supermodel Cindy Crawford.

Bagaimanapun selepas lebih setahun aktif sebagai model pentas, tubuh Kaia dilihat semakin lama semakin kurus. Malah berat badannya yang hanya 42 kilogram dilihat tidak ideal dengan ketinggiannya iaitu 175 cm.

Peminat mula membandingkan Kaia dan Cindy di mana ibunya ketika di awal kemunculan tampil dengan tubuh curvy dan tidak terlalu kurus. Cindy sendiri terkenal sebagai model dengan tubuh sempurna dan memiliki saiz payudara serta punggung yang cantik.

Kaia dilihat memiliki kelebihan untuk menempah kempen-kempen high couture berbanding ibunya satu ketika dahulu. Saiz tubuh yang berisi membuatkan peluang Cindy terhad dan lebih sesuai untuk kempen komersial.

Disebabkan itu, Cindy dikatakan memaksa Kaia untuk kekal bertubuh kurus supaya mudah anaknya itu mendapat peluang peragaan yang pelbagai.

Ia juga dikaitkan dengan Pengarah Kreatif Chanel, mendiang Karl Largefeld yang melamar Kaia menjadi muse jenama itu tahun lalu. Seperti yang semua orang tahu, Karl lebih gemar memilih model yang kurus dan langsing untuk mewakili Chanel. Pada kemunculan pertama Kaia di pentas peragaan, dia berjaya menjadi model pembukaan pertunjukan minggu fesyen Chanel di Paris tahun lalu.

Kaia dikatakan terlalu obses untuk kurus dan mengamalkan diet ekstrem dengan hanya makan timun sehingga hilang lima kilogram dalam masa dua minggu! Bagaimanapun Cindy menafikan sekerasnya yang dia memaksa Kaia untuk berlapar. " Dia masih muda dan kuat bekerja sehingga kadangkala makan tidak menentu. The attractiveness of the model is not in her thinness, but in her individuality, her ability to be herself," tegas Cindy.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness