Berapa Kerap Kamu Sepatutnya Membasuh Seluar Jeans Kamu
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Berapa Kerap Kamu Sepatutnya Membasuh Seluar Jeans Kamu

Lebih kerap daripada sepatutnya kamu lakukan sekarang. Ikuti tip Cosmo untuk menjaga jeans kamu!

Ikuti

Jika kamu membasuh seluar jeans sekerap kamu membasuh bra (like never), mungkin kamu mahu membaca artikel ini…

Sebagai item paling versatil dalam gerobok kamu, Cosmo cukup faham mengapa ia menjadi pakaian kegemaran kamu untuk memakainya berulang kali. Disebabkan itulah, kita tidak kisah untuk berhabis banyak wang untuk membeli sepasang jeans yang sempurna, kan?

Jadi, mengapa kita cukup malas untuk membasuh satu-satunya item yang cukup berbakti ini? Jawapan yang cukup mudah ialah, seluar jeans tidak kelihatan seperti ia perlu untuk dibasuh kerana masih tampak elok walaupun dipakai setiap hari (yet another reason why WE LOVE jeans). Dan alasan lain yang sering didengar ialah ia akan merubah bentuk jeans kamu, and you have to ‘wear them in’ all over again. YAWN.

Jadi sekerap mana yang sebenar-benarnya kamu perlu untuk membasuh seluar jeans? Ia bergantung kepada jenis fabrik dan sebagaimana kamu mahu jeans kamu untuk luntur.

Untuk jeans jenis tegar yang mempunyai vintage feel, kamu kenalah rajin memakai dan membasuhnya agar ia menjadi lebih lembut dan tampak authentic.

Namun, jika kamu mahu mengekalkan warna jeans tampak blue Af seperti Lana Del Ray-worthy blue jeans, kurangkan kitaran basuhan seluar jeans.

Bagaimana pula cara yang betul untuk membasuh jeans?

Basuh seluar jeans kamu menggunakan air sejuk dan jangan menyidainya secara langsung dibawah cahaya matahari, kerana ia akan mengembangkan fabrik dan merubah bentuk asalnya.

Artikel asal: Natasha Harding

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva