Bentuk Tubuh Terbaru Megan Fox Memeranjatkan Peminat!
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bentuk Tubuh Terbaru Megan Fox Memeranjatkan Peminat!

Mungkin kamu sudah lupa yang Megan Fox sudah berkahwin dan kini memiliki tiga anak lelaki! Megan yang dulu adalah gadis hangat dengan bentuk badan dan bibir yang menggiurkan. Where has she been?

 

Filem  lakonannya Teenage Mutant Ninja Turtles: Out of the Shadows, yang ditayangkan pada Jun 2016 tidak memberi impak besar untuk kariernya. Malah selepas berkahwin dengan aktor, Brian Austin Green pada tahun 2010, karier lakonan Megan tenggelam sedikit demi sedikit.

Brian dilaporkan ‘membunuh’ karier Megan dan mereka berkahwin di saat lakonan Megan mula mendapat perhatian. Sebelum ini, Megan hanya dipandang sebagai pelakon cantik dan seksi tanpa bakat lakonan yang bagus. Megan sendiri mahu mempelbagaikan watak apatah lagi lakonannya dalam Jennifer’s Body mendapat respon yang baik.

Tetapi selepas berkahwin, Brian mahu Megan menjadi suri rumah sepenuh masa! Sedangkan ketika itu Hollywood mahukan Megan dan dia menerima banyak tawaran yang akhirnya terpaksa ditolak untuk memenuhi permintaan Brian. Megan dan Brian dikurniakan dua anak lelaki, Noah Shannon (4 tahun) dan Bodhi Ransom (2 tahun).

Kerana terlalu tertekan, Megan memfailkan penceraian dengan Brian pada Ogos 2015 tetapi mereka kembali bersama pada awal 2016. Itupun disebabkan Megan disahkan mengandung dan kemudian melahirkan anak lelaki ketiga, Journey River pada Ogos 2016.

Apa yang cuba Cosmo tekankan di sini, lupakan mengenai kisah karier dan rumahtangga Megan. Yang paling memeranjatkan, tubuh Megan masih hangat seperti dulu walaupun baru sahaja melahirkan anak dan dia adalah ibu muda berusia 31 tahun kepada tiga anak lelaki!

 

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness