Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
tubuh cantik

Bentuk Tubuh Cantik Sehebat Selebriti

Mahu dapatkan bentuk tubuh cantik sehebat selebriti seperti Katy Perry ataupun supermodel Adriana Lima? Kamu perlu amalkan senaman seperti ini. Well, beauty is pain!

tubuh cantik

 

CANGKUNG PUNGGUNG
1. Berdiri dengan jarak beberapa kaki dari katil. Angkat kaki kiri ke belakang dan letak pada hujung katil, dengan lutut dibengkokkan sedikit. Bengkok lutut kanan dan rendahkan tubuhmu perlahan-lahan, sementara kaki belakang kekal tegak. Berhenti bila paha kanan separas dengan lantai.

2. Tolak badan ke atas dengan kaki kanan, berakhir dengan tip-toe, ke posisi berdiri. Ulang 15 ke 20 kali dan tukar sisi. Lakukan dua set pada setiap kaki. Lebih rendah kamu cangkung, lebih mantaplah punggungmu. Pastikan kamu menolak dengan tumit.

 

REGANGAN DADA
1. Mulakan dengan posisi tekan tubuh, kedua-dua tangan lurus pada paras bahu.

2. Angkat lengan kiri menghala ke siling, sambil itu angkat kaki kiri dan letak pada sebelah kanan. Teruskan berpusing dan letakkan kaki kiri atas yang kanan, dada menghadap siling, seimbangkan tubuh pada kaki dan tangan kanan. Kembali ke posisi mula untuk satu kiraan. Ulang 15 ke 20 kali, kemudian tukar sisi. Lakukan dua sisi pada setiap kaki.

 

KICKSTARTERS
1. Berdiri dengan kaki selari pinggul. Lakukan posisi terpaan sisi dengan meluruskan kaki kanan dan mencangkung atas kaki kiri.
2. Gelongsor kaki kanan ke posisi asal sehingga kaki selari pinggul supaya lutut bengkok 90 darjah. Luruskan kedua-dua tangan ke siling. Ulang 15 ke 20 kali, kemudian tukar sisi. Lakukan dua set untuk setiap kaki. Jika kamu tidak gunakan tikar kecil, letakkan tuala di tapak kasut kanan supaya mudah menggelongsor.

 

TERBANG BAK BURUNG
1. Sambil berdiri, luruskan lengan ke arah siling dengan tapak tangan menghadap satu sama lain. Luruskan dan angkat kaki kiri ke depan, dengan tapak kaki menegak.

2. Sambil menolak tumit kaki kanan dan tangan masih lurus, tunduk ke depan, hayunkan kaki kiri ke belakang sehingga tubuh dan kaki kiri selari. Itu satu pusingan, lakukan 15 ke 20 kali tanpa membenarkan kaki menyentuh lantai, kemudian tukar sisi. Lakukan dua set untuk kedua-dua kaki.

#FBF to that one time I was hanging out in the Seahawks' locker room…

A post shared by KATY PERRY (@katyperry) on

 

KEPALA KATIL
1. Melutut di atas lantai, letakkan dirimu beberapa kaki dari katil, membelakanginya. Satu persatu, posisikan kaki pada hujung katil dan tongkat tubuh dengan tapak tangan, dengan kepala hampir mencecah lantai supaya tubuhmu lurus.

2. Luruskan kaki kiri ke siling, dan tegakkan tapak kaki. Tendang kaki ke udara secara bergilir-gilir. Lakukan 15 ke 20 kali dengan setiap kaki; lakukan sebanyak dua set.

 

Foto: Tpgimages.com / Instagram.com

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness