Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Benarkah Susu Tidak Elok Untuk Kamu?

Kajian terbaru yang kurang enak bagi reputasi susu. Tetapi kamu berhak tahu kan?

Kebanyakan kita sudah terbiasa diberitahu oleh emak/doktor/cikgu yang susu itu bagus untuk tulang dan keshatan kerana ia mengandungi kalsium, vitamin D dan protein yang boleh haling osteoporosis. Malah, kerajaan juga menyarankan wanita dewasa mengambil produk tenusu tigak cawan sehari. Semestinya kita tidak mungkin mempersoalkan lagi sama ada meminum susu adalah tindakan sewajarnya.

Namun kini, kajian terbaharu yang diterbitkan di dalam jurnal BMJ menyatakan susu lembu sejati mungkin tidak bagus untuk kamu. Apabila kajian ke atas 61,433 wanita di Sweden menunjukkan kadar wanita mendapat sakit tulang retak dan meninggal sewaktu kajian adalah dari mereka yang kebanyakannya meminum susu lebih tiga gelas sehari.

Keputusan yang bertentangan sekali dengan apa kamu fikirkan selama ini, bukan? Sebaliknya wanita yang kurang mengambil susu dan memakan lebih yogurt atau cheese lebih panjang umur atau memiliki sakit tulang; malah 15 peratus berkurang mendapat risiko untuk sakit tulang atau mati jika mengambil cheese atau yogurt.

Pengkaji mendapati , tidak seperti yogurt dan cheese, produk tenusu lain adalah unfermented terutaman susu yang mengandungi kandungan terancam dipanggil D-galactose. Dalam kajian haiwan mengenai D-galactose yang digunakan terhadap manusia, mereka yang minum satu atau dua gelas susu sehari akan berdepan penuaan pramatang dalam tubuh dan tulang, radang dalaman yang akan menjerumus pada masalah kesihatan lain seperti kanser atau jantung. Namun, semua ini hanya jangkaan semata-mata.

Kajian pemerhatian sebegini tidak terbukti dan berkesan langsung. Ia sekadar dikenalpasti menerusi perlakuan manusia dan kesihatan sahaja. Dalam erti kata lain, jangan takut dan langsung tidak menyentuh susu kerananya.

Tunggu sehingga lebih kajian dilakukan, kerana mereka tidak boleh mengatakan meminum susu boleh membuatkan pinggang kamu patah atau kamu mati awal dan sebagainya. Atau membuktikan mengambil yogurt dan cheese adalah bagus untuk melindungi tulang dan tubuh. Jangan ubah cara diet kamu terlebih dahulu.

Kalau keadaan ini membimbangkan, boleh sahaja kamu menukar susu lembu dengan yogurt di dalam bijirin atau cicah biskut di dalam susu soya atau tambah susu almond di dalam kopi.

Artikel Asal:  Elizabeth Narins
Sumber: Cosmopolitan US
Foto: 123rf.com