Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan? - Page 4 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan?

Ada masanya kamu benci dengan kulit sendiri, dan pada masa lain kamu tak henti-henti tatap cermin sebab kagum dengan kemulusan wajahmu. Adakah haid penyebabnya?

Foto: Shutterstock.com

Ada tak rasa pelik kenapa satu minggu tu kamu rasa selekeh sangat, ada minggu tiba-tiba ramai lelaki asyik perhatikan kamu? Well, kamu boleh salahkan dan ucapkan terima kasih kepada hormon. Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan kamu. (Kecuali: Jika kamu makan pil perancang, kamu tak melalui ovulasi, jadi kamu tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna kamu kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat kamu nampak sultry sepanjang bulan.

4 of 4Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selepas Ovulasi

APA SEDANG BERLAKU: Sebaik selesai ovulasi, tubuh kamu akan ‘bekerja’ untuk mengeluarkan dua hormon, tapi malangnya, ia takkan membantu penampilan kamu. “Minggu ini, kamu akan hadapi pengeluaran hormon berminyak, testosteron dan progesteron, yang akan buat tubuhmu menyimpan air,” kata Jill Maura Rabin, pakar sakit puan di New York dan penulis Mind Over Bladder. Walaupun kadar hormon itu tak cukup tinggi untuk menyebabkan sebarang ‘kerosakan’ besar, tapi sesuatu akan berlaku tak lama lagi, jadikannya minggu persiapan untuk menghadapi simptom PMS kelak.

PELAN GET-GORGEOUS:

  • Singkir kembung air. Jika kamu tahu perlu sarungkan skinny jeans bila sedang PMS, makanlah dengan baik minggu ini. Kurangkan garam dan makanan memerangkap air seperti kicap dan kentang goreng, dan pilih makanan pembanteras kembung seperti tembikai dan timun. Minum banyak air sekarang (cuba teh herba dan air dengan lemon kalau H20 membosankan) juga membantu.
  • Belek muka. Memperuntukkan waktu untuknya akan membantu kamu bila jerawat disebabkan PMS mula keluar. Ia dijadualkan muncul dalam minggu akan datang, jadi mulalah menjaga pori wajahmu. Merawat kulit dengan bahan antijerawat seperti benzoyl-peroksida atau asid salisilik akan kekalkan kadar seimbang bagi sebum dan bakteria. Tukar pembersih wajah biasa kamu kepada yang mempunyai kandungan antijerawat.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor