Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan?

Ada masanya kamu benci dengan kulit sendiri, dan pada masa lain kamu tak henti-henti tatap cermin sebab kagum dengan kemulusan wajahmu. Adakah haid penyebabnya?

Foto: Shutterstock.com

Ada tak rasa pelik kenapa satu minggu tu kamu rasa selekeh sangat, ada minggu tiba-tiba ramai lelaki asyik perhatikan kamu? Well, kamu boleh salahkan dan ucapkan terima kasih kepada hormon. Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan kamu. (Kecuali: Jika kamu makan pil perancang, kamu tak melalui ovulasi, jadi kamu tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna kamu kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat kamu nampak sultry sepanjang bulan.

3 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sewaktu Ovulasi

APA SEDANG BERLAKU: Oh, helo gadis cantik! Sekitar hujung minggu, kamu akan subur, dan beberapa hari sebelum the big event, kadar estrogen memang tinggi menjadikan kamu a total man-magnet. Rambut nampak berkilauan, kulit nampak cantik berseri. “Itulah cara alami untuk membantu wanita menarik perhatian pasangan,” kata Dr Hirsch.

PELAN GET-GORGEOUS:

  • Tarik nafas. Sang teruna memang berkenan sangat dengan kamu minggu ini, dan dah banyak kajian membuktikannya. Seperti dilaporkan, mereka tertarik dengan semula jadi kamu tanpa mereka sendiri sedari. Kalau rasa ingin dimanjai, janganlah menahan diri.
  • Show-off tubuh seksi. Satu kajian University of California Center for Behaviour, Evolution and Culture mendapati wanita akan memilih pakaian lebih mendedahkan tubuh bila sedang subur.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor