Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan? - Page 2 of 4 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan?

Ada masanya kamu benci dengan kulit sendiri, dan pada masa lain kamu tak henti-henti tatap cermin sebab kagum dengan kemulusan wajahmu. Adakah haid penyebabnya?

Foto: Shutterstock.com

Ada tak rasa pelik kenapa satu minggu tu kamu rasa selekeh sangat, ada minggu tiba-tiba ramai lelaki asyik perhatikan kamu? Well, kamu boleh salahkan dan ucapkan terima kasih kepada hormon. Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan kamu. (Kecuali: Jika kamu makan pil perancang, kamu tak melalui ovulasi, jadi kamu tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna kamu kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat kamu nampak sultry sepanjang bulan.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sewaktu Haid

APA SEDANG BERLAKU: Yang bagusnya: “Progesteron merudum, jadi kulit dan rambut kurang berminyak,” kata Dr Hirsch. Tapi bila minyak dah kurang, bekas jerawat mengganggu dan bau badan pula menjelma.

PELAN GET-GORGEOUS

  • Samar bekas jerawat. Jerawat yang muncul sewaktu PMS biasanya akan tinggalkan sedikit kesan merah (aka tompok reaksi post-inflammatory). Lakukan lebih pengelupasan untuk menukar sel rosak tadi kepada permukaan tona wajah yang lebih sekata.
  • Bauan memikat. Charles University di Prague melakukan satu kajian di mana sekumpulan lelaki perlu menghidu bawah lengan (uh, okey) wanita pada waktu berbeza pada kitaran haid dan mendapati bau mereka kurang ‘enak’ sewaktu datang bulan. (Mereka lebih tertarik sewaktu ovulasi, FYI). Jelas sekali, tiada masa yang lebih sesuai untuk semburkan aroma memikat itu. Haruman buah serta flora amat sensual dan kesturi dianggap afrodisiak.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor