Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan? - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Benarkah Haid Beri Kesan Pada Penampilan Kamu Sepanjang Bulan?

Ada masanya kamu benci dengan kulit sendiri, dan pada masa lain kamu tak henti-henti tatap cermin sebab kagum dengan kemulusan wajahmu. Adakah haid penyebabnya?

Foto: Shutterstock.com

Ada tak rasa pelik kenapa satu minggu tu kamu rasa selekeh sangat, ada minggu tiba-tiba ramai lelaki asyik perhatikan kamu? Well, kamu boleh salahkan dan ucapkan terima kasih kepada hormon. Naik turun hormon memang memberi impak kepada keseksian rambut, kulit, tubuh, malah bau badan kamu. (Kecuali: Jika kamu makan pil perancang, kamu tak melalui ovulasi, jadi kamu tak mengalami manfaat sama). Tapi ini tak bermakna kamu kena jadi ‘hamba’ pada kitaran ini. Guna pelan minggu-ke-minggu ini untuk buat kamu nampak sultry sepanjang bulan.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Sewaktu PMS

APA BERLAKU: Selain daripada selera makan memuncak (kek! coklat! kentang goreng!), kamu mungkin ada beberapa jerawat (atau wajah yang sentiasa perlu dibedak) juga rambut berminyak. Puncanya: Progesteron, hormon yang memuncak kira-kira enam hari sebelum haid bermula yang menyebabkan wajah dan kulit kepala mengeluarkan lebih minyak. “Itulah sebabnya hampir semua wanita di bumi ini mengadu mengenai kulit wajah yang kusam dan bad hair day sebelum datang haid,” kata Dr Ranella Hirsch, pakar kulit di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat.

PELAN GET-GORGEOUS:

  • Kekang kemunculan minyak. Taktik rawatan awal dapat mengawal serangan jerawat pada minggu ini. Tapi untuk mengekang akne yang dah keluar, adun beberapa titis perawatan berasaskan benzoyl-peroksida untuk melawan bakteria dan menyingkir minyak. Untuk rambut, gunakan syampu clarifying – walaupun ia diperbuat untuk membersihkan rambut daripada bahan penggayaan, ia berkesan juga pada minyak.
  • Samar masalah. Cara terbaik untuk sembunyikan semua kesan akne adalah menyapu beberapa lapisan nipis bedak asas. Pertama, ratakan bedak asas cecair ke seluruh wajah untuk sekatakan tona kulit, kemudian pedap penyamar dengan berus supaya ia meliputi bahagian jerawat, dan sempurnakannya dengan bedak.
  • Jangan lupa pelembap. Macam bertentangan saja? Tapi jerawatlah puncanya kamu jadi stress, dan tekanan sebegini akan ‘menghidupkan’ kelenjar tertentu, menambah pengeluaran minyak dan mengurangkan kemampuan kulit untuk memegang lembapan – sebab itulah muncul tompokan berminyak dan kering. Lagipun, jika kamu elak pelembap tapi asyik guna ubat jerawat saja lagilah mengeringkan, menyebabkan tubuh kamu nak kena keluarkan lebih banyak minyak. Jadi, pilih pelembap bebas-minyak untuk seimbangkan keadaan.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor