Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Benarkah BFF Lebih Penting Berbanding Teman Lelaki?

Jika lelaki ada ‘bros code’, wanita pula ada ‘sisters before misters’. Tapi kata orang, lelaki sering berpegang padanya manakala wanita pula lebih mudah terkandas separuh jalan. Benarkah?

Foto: Shutterstock.com

Tak dinafikan dek kerana terma ‘cinta sejati’, ada wanita yang lebih mementingkan hubungannya bersama teman lelaki berbanding kawan-kawan sendiri. Tapi Cosmo percaya masih ramai wanita yang meletakkan persahabatan pada tahap lebih tinggi dalam kehidupan, lebih-lebih lagi jika ia sudah terjalin sejak zaman sekolah lagi. Kenapa sisters patut jadi keutamaan? Bukan saja mereka hadir sambil mengelap air matamu kala kamu menangis teresak-esak akibat putus cinta, malah mereka jugalah yang sanggup berada di sampingmu 24/7 untuk teman kamu pergi makan, menonton wayang, membeli-belah, bergosip dan sebagainya. So, why should you live by this?

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5) Mereka faham pergolakan emosi kamu

Guys can be an emotional roller coaster. Apabila kamu jumpa seorang jejaka, hati kamu berdebar-debar, masa depan kelihatan lebih cerah dan kamu tidak boleh hentikan senyuman yang terukir di bibir. Tapi bila kamu mula perasan yang sebenarnya ia tidak bermaksud apa-apa padanya, kamu tidak dapat tahan emosi dan menangis selama tiga jam sambil makan aiskrim dan tonton filem The Notebook. Sisters understand this emotional distress. Mereka akan duduk di sebelah dan pegang kamu sementara kamu menangis seperti budak kecil di bahu mereka. Mereka akan dengar segalanya dan berikan nasihat, tidak sesekali menghukum dan menyalahkan kamu.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert