Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Bekerja Di Pejabat 5 Hari Seminggu, Selena Gomez Kini Ada Kerjaya Baru!

Bekerja Di Pejabat 5 Hari Seminggu, Selena Gomez Kini Ada Kerjaya Baru!

Selena Gomez kini telah menambah satu lagi kerjaya dalam resumenya! Selain terkenal sebagai penyanyi popular, pelakon Hollywood, produser Netflix, dan pereka fesyen, dia kini merupakan sukarelawan (tanpa gaji) dan juga pelatih industri di sebuah organisasi yang mahu menghapuskan kegiatan perhambaan dan perdagangan manusia!

Prada Resort 2019 Fashion Show - Arrivals And Front Row

Selena telah bekerjasama dengan organisasi ini sejak Mac tahun ini tetapi tidak pernah menghebahkannya. “Saya tidak akan mendedahkan tentang perkara ini dengan lebih lanjut. Ia adalah sesuatu yang belum pernah saya lakukan dan saya perlu betul-betul mendalaminya”, kongsi Selena kepada majalah Elle.

Tambah Selena, dia tahu pasti netizen akan memperkatakan mengenai perkara ini tetapi dia melakukannya bukan kerana statusnya sebagai selebriti. “Tidak perlu mempersoalkan status individu itu disebalik perjuangan ini kerana tidak kira siapa kamu, kegiatan perhambaan ini harus dihentikan!”.

2017 adalah tahun yang agak rumit buat Selena. Berpisah dengan The Weeknd, kembali bersama Justin Bieber kemudian berpisah, dan dalam proses pembikinan album baharu yang akan dikeluarkan musim luruh ini. Selena berkata dia banyak meluahkan perasaan kepada makcik serta ibunya.

“Saya telah berada bertahun-tahun dalam industri hiburan, dan inilah masanya untuk saya menyumbang sesuatu”. Selena kini sedang giat menjalankan aktiviti sukarelawan serta bengkel kesedaran selain bertemu sendiri dengan beberapa keluarga mangsa yang terlibat. “Kegiatan perdagangan manusia betul-betul membuatkan hati saya hancur. Sedih mengenangkan nasib mereka,” katanya.

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Saya seorang yang easy-going and make-up enthusiast. Saya obses dengan bronzer! Jika kamu nampak saya sedang ‘usha’ kamu di tempat awam, jangan risau – I’m just admiring your make-up. Saya juga pencinta haiwan lebih-lebih lagi kucing. Bila tidak menulis, saya suka tonton all my favorite series seperti Sex and The City dan Gossip Girl (duh, of course!).

Celebrity Stalker