Bekas Pembantu Peribadi Mariah Carey Mendakwa Dia Didera Mental Dan Fizikal - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bekas Pembantu Peribadi Mariah Carey Mendakwa Dia Didera Mental Dan Fizikal

Bekas Pembantu Peribadi Mariah Carey, Lianna Azarian mendakwa dia mengalami tekanan perasaan sepanjang bekerja dengan penyanyi itu selama dua tahun.

Lianna mendedahkan perkara itu dan memfailkan saman selepas dia diberhentikan dengan sebab tidak munasabah pada tahun 2017. Mariah pada hari yang sama disaman iaitu pada 16 Januari lalu pula mendakwa, Lianna merakam video memalukan mengenai dirinya dan mengugut wang pampasan 8 juta dolar jika tidak mahu video itu tersebar.

Menerusi laporan saman, Lianna diupah menjadi pembantu peribadi dengan gaji sebanyak 250,000 dolar setahun. Dia berkata, Mariah mahu dia bekerja 24 jam sehari tanpa cuti untuk melayan permintaan Mariah dan bekas pengurusnya, Stella Bulochnikov. Stella dilaporkan melakukan penderaan fizikal ke atas Lianna dengan menghina tubuhnya serta meletakkan iPhone dan remote control di antara lurah payudaranya.

Stella juga dikatakan menampar punggung dan buah dada Lianna serta memanggilnya dengan gelaran hina seperti “Armenian whore,” an “Armenian princess,” an “Armenian b***h”.  

Tambah Lianna, Mariah tidak melakukan apa-apa dan kadangkala mentertawakan dirinya ketika dia dibuli oleh Stella. Pengurus gila itu juga pernah menolak Lianna sehingga jatuh sebelum kencing di atas tubuhnya. Selepas cuba mengadu kepada Mariah mengenai sikap gila Stella, penyanyi itu didakwa memecat Lianna serta-merta.

Mariah dalam kenyataannya berkata Lianna memberikan cerita palsu dan dia sebenarnya mengugut Mariah untuk menyebarkan video memalukan itu. Lianna dikatakan merekod video Mariah dan seorang lelaki melakukan perkara intim secara rahsia.

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness