Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bekas Kekasih Dedah Kisah Hitam Bersama Rihanna

Rapper Hollywood, Chris Brown akan tampil mendedahkan dengan sebuah video dokumentari mengenai kisah silam hitamnya memukul bekas kekasihnya, Rihanna.

51343258_l

 

Chris , 26 bertekad untuk meneruskan hasratnya menerbitkan – Welcome To My Life: The Official Chris Brown Documentary. Ramai pihak tertanya bagaimana reaksi Rihanna ke atas idea Chris ini. Adakah Chris akan mendedahkan cerita sebenar? Atau mungkinkah Chris akan mereka cerita palsu agar pihak media dan peminat berhenti menyalahkannya?

Menurut Rihanna, dia telah diberitahu mengenai perkara itu dan terkejut dengan keputusan Chris mendedahkan kepada umum. “Saya berharap dia bersedia dari segi mental dan emosi. Peminat akan tetap menyalahkanya kerana kisah silam ini tidak seharusnya dibangkitkan lagi. Bagaimanapun saya yakin ini adalah sesuatu yang baik buatnya. Mungkin ini adalah cara untuk dia melupakan kisah hitam ini kerana saya telah moved on,” jelas Rihanna.

 

https://www.youtube.com/watch?v=estyowIIW70

Rihanna sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia mengimpikan lelaki seperti Chris Brown yang sekarang. “Dia sudah banyak berubah, jauh lebih baik daripada ketika saya bersamanya lapan tahun dulu,” kata Rihanna.

 

Foto: 123rf.com/Oleh: @curlyjow

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor