Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
jeremy meeks

Bekas Banduan Ini Ditawarkan Kontrak Peragaan Selepas Dibebaskan Dari Penjara!

Ditawarkan kerjaya penuh glamor dengan bayaran yang tinggi selepas dibebaskan dari penjara? Itulah yang berlaku kepada bekas banduan paling kacak, Jeremy Meeks.

jeremy meeks

Jeremy Meeks, 33 ditahan polis selepas bersalah memiliki senjata api pada tahun 2014 dan dipenjara selama dua tahun. Dia kemudian dibebaskan pada Mac 2016 dan terus ditawarkan kontrak peragaan oleh agensi modelling popular.

jeremy meeks

Jeremy mula menjadi trending di Amerika Syarikat selepas foto mugshot nya dimuatnaik oleh anggota polis Stockton di Facebook. Foto Jeremy dengan kapsyen ‘pesalah paling kacak’ itu menjadi viral selepas ramai yang memuji ketampanannya. Ramai berpendapat Jeremy sepatutnya menjadi model dan tidak terlibat dengan aktivit jenayah.

jeremy meeks

Selepas dibebaskan tahun lalu, White Cross Management terus mengikat kontrak dengannya dan Jeremy yang berketinggian 185cm dan bermata biru jernih telahpun menghangatkan pentas New York Fashion Week, memperagakan pakaian Philipp Plein.

#family

A post shared by JEREMY MEEKS (@jmeeksofficial) on

Jeremy yang telah berkahwin dan mempunyai dua anak kini menjadikan peragaan sebagai kerjaya dan sumber kewangan. Dalam masa hanya setahun, dia mampu membeli sebuah banglo mewah dan kereta jenama Maserati berharga RM 600,000.

jeremy meeks

Jeremy juga sebelum ini pernah dipenjara sembilan tahun selepas bersalah merompak dan menyamun pada tahun 2002. Peminatnya berharap Jeremy tidak akan berpatah balik ke masa silam dan berubah menjadi manusia yang lebih baik kerana dia memiliki bakat dan rupa paras yang menarik.

Foto: Instagram.com/jmeeksofficial

 

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness