Begini Caranya Untuk Tidur Lena Di Mana Saja - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Begini Caranya Untuk Tidur Lena Di Mana Saja

Begini Caranya Untuk Tidur Lena Di Mana Saja

Trik untuk kamu beradu tanpa gangguan hingga ke waktu pagi, bagaikan tidur di katil sendiri!

Begini Caranya Untuk Tidur Lena Di Mana Saja

Foto: Depositphotos

Bercakap tentang tidur lena, tiada tempat yang lebih selesa daripada rumah sendiri. Bantal yang menjadi peneman setia sejak kecil, cadar kegemaranmu, bunyi deruan kipas yang sudah kamu biasa dengar setiap hari… Apabila kamu jauh dari rumah, kamu mula sedar semua ini.  Untuk trip kamu yang seterusnya, guna tip yang Cosmo kongsikan ini.

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

1. CARA UNTUK LENA…

DI HOTEL

Tak kira kamu menginap di hotel empat bintang atau motel biasa, ia mengambil masa dua hari untuk kamu biasakan dengan bau, bunyi dan suhu tempat tersebut. Katil adalah halangan utama. Tidur di tilam berbeza adalah seperti memakai kasut baru, jadi tubuh kamu harus biasakannya. Siapkan bilik tersebut seperti kamu akan tidur di situ buat selama-lamanya. Lakukan ini:

Play Goldilocks

Tilam terlalu lembut? Minta bilik yang lebih kecil. Semakin besar tilam kamu, semakin kamu rasa kurang selesa. Katil terlalu keras? Lapiskan lebihan selimut di bawah cadar.

Pilih Bantal Selesa

Ambil bantal yang empuk atau cukup padat – yang membuat kamu rasa selesa (tak terseliuh bahu, sakit kepala atau sakit belakang), saran pakar terapi fizikal.

Ubah Suai

Bawa sesuatu dari rumah untuk bantu kamu rasa selesa, seperti selimut atau gambar kecil. Benda kecil sebegini boleh membuatkan kamu tenang.

Pastikan Bilik Gelap

Tak semua hotel ada langsir gelap, jadi bawa sleep mask. Terlupa? Tutup semua tempat yang boleh tembus cahaya. Matikan jam kamu, letak tuala bawah pintu dan gunakan pin rambut untuk tutup langsir agar ia kemas.

Tutup Telinga

Sebarang bunyi bising melebihi 60 desibel (lif, majlis perkahwinan di lobi) boleh menjejaskan kualiti tidur kamu. Bawa sepasang earplugs (selesa) atau muat turun aplikasi white-noise.

Laraskan Suhu

Badan kamu akan dapat cukup rehat apabila berada di bawah suhu antara 68 dan 72 darjah.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor