Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Begini Caranya Social Smoking Memberi Kesan Kepada Tubuh Kamu

Kamu rasa berapa banyak rokok yang diperlukan setiap minggu untuk kamu mendapat gelaran 'si perokok'? 30? 40? 50? 100?

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Begini caranya social smoking menjejaskan kesihatan kamu:

1. Risiko untuk mendapat jangkitan pada paru-paru lebih tinggi

Bila merokok, kamu lebih mudah terdedah kepada jangkitan paru-paru. “Light smoker juga mempunyai risiko tinggi untuk mendapat jangkitan paru-paru, dan biasanya simptom yang dihadapi lebih lama berbanding mereka yang tidak merokok. Ini kerana paru-paru kamu sukar menyingkir sisa rokok,” kata Dr Russell.

Ia juga boleh merendahkan keupayaan untuk bernafas. “Asap rokok merosakkan lapisan dan dinding tisu paru-paru, menyebabkan dinding paru-paru membentuk ruang udara yang lebih luas berbanding biasa. Ini menyukarkan oksigen untuk masuk ke dalam salur darah, menyukarkan kamu bernafas lebih-lebih lagi ketika bersenam,” tambahnya.

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor