Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Begini Caranya Social Smoking Memberi Kesan Kepada Tubuh Kamu

Kamu rasa berapa banyak rokok yang diperlukan setiap minggu untuk kamu mendapat gelaran ‘si perokok’? 30? 40? 50? 100?

Prev1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Shutterstock.com

Kebenarannya, there is no real definition. Tapi apa yang jelas tentang social smoking – merokok hanya ketika melepak bersama kawan-kawan – adalah ia sering dijadikan alasan untuk kamu justify tabiat ini.

“Saya bukan perokok, I just socially smoke.

Walaupun jarang merokok, pernah tak kamu terfikir  berapa banyak ‘kerosakan’ yang telah berlaku dalam tubuh kamu? “Social smoking bukanlah terma yang tepat,” kata Dr Richard Russell, pakar perubatan rundingan pernafasan dan penasihat perubatan British Lung Foundation. “Sama ada kamu smoke socially atau tidak, itu bukan isunya. Masalahnya di sini adalah bahan kimia toksik yang kamu sedut. Walaupun jarang merokok, ia tetap memberi risiko kepada kesihatan – satu-satunya pilihan selamat adalah dengan tidak merokok langsung.”

“Menurut kajian daripada University of Bristol, setiap batang rokok sepanjang hidup memendekkan jangka hayat kamu selama 11 minit.” tambahnya. “Satu kajian lagi mendapati mereka yang merokok antara satu hingga empat batang sehari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati daripada pelbagai sebab berbanding mereka yang tidak merokok.”

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor