Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Begini Caranya Jurusolek Kendall Jenner Dan Ariana Grande Cipta Ilusi Bibir Mungil

Ash Holm dan Mary Phillips berkongsi teknik mereka untuk cipta penampilan bibir yang lebih penuh dan mungil menggunakan lip liner.

Jika kamu atur kandungan beg mekap mengikut kategori produk yang kamu gunakan setiap hari - daripada yang kamu guna hanya untuk majlis istimewa sehinggalah yang kamu beli tapi tak pernah guna langsung -  lip liner pasti termasuk dalam kategori yang akhir sekali, kan? Walaupun lip pencil sering dianggap sebagai langkah tambahan dalam solekan, ia sebenarnya adalah kunci untuk mencipta bibir penuh yang sempurna, menurut jurusolek Ash Holm dan Mary Phillips.

Tapi bukanlah rahsia yang liner adalah trik untuk mencipta ilusi bibir mungil. Malah, menggunakan pensel untuk melukis bibir merupakan trik klasik dari zaman 20-an dan muncul kembali di atas pentas peragaan (juga pada bibir selebriti) pada tahun 90-an. Teknik ini agak sukar digayakan tanpa kelihatan lapuk, terima kasih kepada Ash dan Mary kerana sudi berkongsi trik moden mereka untuk melukis bibir.

5 of 5Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

5. Warnakan tengah bibir dengan gincu

Gunakan warna gincu yang lebih kurang sama dengan liner untuk efek lembut, atau warna yang lebih terang untuk emphasize the line. Untuk lengkapkan penampilan wajah, Ash menggunakan berus untuk sapukan gincu matte pada tengah bibir atas dan bawah, sambil adun keluar menghala ke garisan bibir. Dia juga gemar menggunakan gincu matte atau cecair untuk kemasan terakhir, kerana tekstur matte boleh buatkan bibir lebih menyerlah. Mary juga memulakan solekan dengan matte pencil liner, tetapi lebih gemar gunakan produk dengan formula seperti gel pada pertengahan bibir untuk kemasan satin.

 

Artikel asal: Brooke Shunatona (cosmopolitan.com)

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor