Begini Caranya Jurusolek Kendall Jenner Dan Ariana Grande Cipta Ilusi Bibir Mungil - Page 3 of 5 - Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Begini Caranya Jurusolek Kendall Jenner Dan Ariana Grande Cipta Ilusi Bibir Mungil

Ash Holm dan Mary Phillips berkongsi teknik mereka untuk cipta penampilan bibir yang lebih penuh dan mungil menggunakan lip liner.

Jika kamu atur kandungan beg mekap mengikut kategori produk yang kamu gunakan setiap hari - daripada yang kamu guna hanya untuk majlis istimewa sehinggalah yang kamu beli tapi tak pernah guna langsung -  lip liner pasti termasuk dalam kategori yang akhir sekali, kan? Walaupun lip pencil sering dianggap sebagai langkah tambahan dalam solekan, ia sebenarnya adalah kunci untuk mencipta bibir penuh yang sempurna, menurut jurusolek Ash Holm dan Mary Phillips.

Tapi bukanlah rahsia yang liner adalah trik untuk mencipta ilusi bibir mungil. Malah, menggunakan pensel untuk melukis bibir merupakan trik klasik dari zaman 20-an dan muncul kembali di atas pentas peragaan (juga pada bibir selebriti) pada tahun 90-an. Teknik ini agak sukar digayakan tanpa kelihatan lapuk, terima kasih kepada Ash dan Mary kerana sudi berkongsi trik moden mereka untuk melukis bibir.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

3. Jangan garis terlalu jauh dari garis bibir sebenar 

Selepas shading sudut bibir, gariskan melebihi garis bibir dari sudut menghala ke tengah bibir atas dan bawah – hanya sedikit saja! Menurut Ash dan Mary, mengikuti garis semula jadi bibir (dan tak memalsukan garis bibir secara melampau) akan beri penampilan semula jadi sambil buat bibir mungil. Kata Mary, jika klien yang disoleknya memakai mekap tebal, dia hanya sekadar akan shading pada cupids bow, bukan pada keseluruhan bibir. Tapi teknik ini agak tricky, jadi jika wajah kamu nampak silly, bermakna teknik kamu tidak betul.

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor