Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Beauty With Brain: Kenali Pengasas Jenama Kecantikan Terkenal Ini

Kenali lebih dekat co-founder jenama kosmetik DIDA, Didie Nasir.

Cosmo menghadiri acara La Dida di Slate at The Row Jun lalu yang dianjurkan oleh DIDA Cosmetics sempena ulang tahun kedua mereka yang turut dimeriahkan dengan pelbagai produk jenama tempatan yang lain. Kami tak lepaskan peluang untuk sesi one-on-one untuk kenali lebih dekat lagi pengasas DIDA bersama jenama ini, Didie Nasir.


1. Apa latar belakang Didie sebelum terjun ke dalam bidang perniagaan solekan?
Sebelum saya meneroka ke dalam bidang kosmetik, latar belakang saya adalah dalam bidang fesyen. Saya merupakan lulusan fesyen dan pernah mempunyai jenama fesyen sendiri iaitu Dynda Designs selama empat tahun. I never had any experience in cosmetics industry before!

2. Mengapa memilih bidang ini?
Funny story is I didn’t really choose this industry but it kind of chose me instead! Sewaktu berada di New York for my ‘inspirational holiday’ selama dua minggu, saya menyedari ketika itu banyak perniagaan jenama independent kosmetik di New York yang tidak dikenali di Malaysia dan saya berpendapat, why not come up with something like this for our local Malaysians. Jadi, idea ini bukanlah sesuatu yang sudah lama saya fikirkan tetapi terlintas di kepala ketika berada di sana.

3. Sumber inspirasi kamu?
Ada ramai role model dalam hidup saya tapi yang paling dekat di hati adalah ibu saya. Dia seorang yang kental dalam mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran dan hidup tidak selalunya indah. Selain itu, public figure yang selalu memberi saya inspirasi adalah Oprah Winfrey, the one that always inspiring and uplifting people with her generosity and positivity. Dalam bidang perniagaan pula, saya sentiasa meminati Sarah Blakely dari Spanx, seorang ‘self-made billionare’ yang bermula dari bawah and make her way up to the top all by herself!

4. Who would you describe DIDA’s girl?
Dia sentiasa percaya dan yakin dengan kecantikan tersendiri, kuat dari segi luaran dan dalaman, supportive, setia, berani dan sudah tentu sentiasa bergaya!

5. Apa pendapat kamu tentang perniagaan kecantikan tempatan yang semakin rancak di pasaran ?
Kami bermula pada waktu yang tepat, pada masa itu DIDA adalah salah satu jenama pioneer dalam scene industri kecantikan tempatan. Kami bertuah kerana rakyat Malaysia sangat supportive terhadap produk kosmetik tempatan but we realized that these days market are getting extremely saturated for small consumer market in Malaysia. Ia juga menjadi sangat competitive namun saingan yang sihat adalah sesuatu yang bagus kerana ia membuatkan kami kekal fokus dan relevan di dalam industri.

6. Apa harapan kamu terhadap perniagaan ini?
DIDA just recently turned two years on June and we celebrated it with a huge success of our annual curated marketplace called La Dida. Harapan saya terhadap DIDA pada tahun ini adalah untuk terus melebarkan sayap kami dalam perniagaan yang serba pantas ini dan secara global juga. I am so proud of DIDA because we managed to turn it to 7-figure business in just two years time organically without loans and investors. Jadi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk membawa jenama ini ke tahap global dan kami sudah bersedia!

 

Seorang fashion enthusiast. OOTD is my ‘thang’. Akan ‘serang’ dessert corner dulu bila pergi ke bufet. Suka menonton rancangan memasak dan RuPaul’s Drag Race. Nampak lembut tapi sebenarnya fierce! Quote kegemaran? “Life is too short to wear boring clothes”, so have fun with it!

Fashion Diva