Bayi Ini Tak Diletakkan Jantina Didalam Sijil Kelahirannya
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

“Saya Mahu Bayi Saya Pilih Sendiri Jantinanya Nanti”!

“Saya akan membesarkan Searyl sehingga dia boleh membuat keputusan samada mahu menjadi lelaki ataupun perempuan”

Melalui Canada’s Global News, Searyl Atli, yang dilahirkan di Slocan Valley, British Columbia, November lepas, adalah bayi pertama yang diletakkan sebagai tidak punya jantina dalam sijil kelahiran. Sijil kelahiran Searyl hanya dilabelkan sebagai “U” sahaja yang membawa maksud “unassigned” atau “undetermined.” Cosmopolitan.com telah berhubung sendiri dengan  Gender-Free I.D. Coalition  untuk pengesahan.

Kori Doty, seorang ibu transgender kepada Searyl, telah lama memperjuangkan untuk tak meletakkan jantina rasmi didalam sijl kelahiran Searyl. Mereka mengatakan sijil kelahiran Searyl sebagai satu “langkah besar” dan memberitahu CBC:

Saya akan membesarkan Searyl sehingga dia boleh berkata-kata sendiri dan membuat keputusan samada mahu menjadi lelaki ataupun perempuan. Saya melihat mereka sebagai bayi dan cuba untuk beri kasih sayang sepenuhnya dan sokongan untuk menjadi seseorang yang mereka benar-benar nak jadi dan bukan hanya kerana jantina rasmi “perempuan” atau pun “lelaki”.

Doty sendiri masih memperjuangkan hak sijil kelahirannya sendiri untuk ditukar juga. Sekarang ini, B.C masih lagi tidak tergolong didalam negeri Canada yang membenarkan pilihan genderless didalam sijil kelahiran. (Hanya Ontario dan Alberta sahaja negeri yang mengkaji semula pilihan ketiga ini.)

Merujuk kepada  BBC, media di Canada percaya yang Searyl boleh menjadi sijil kelahiran pertama di dunia yang tak mempunyai jantina rasmi. Walaupun ada negara lain yang mempertimbangkan pilhan “third-gender”, Doty yakin yang ini boleh mengubah persepsi terhadap kaum yang tak nak dilabel sebagai “lelaki” atau “perempuan” sebagai jantina rasmi. Doty juga tengah berkerjasama dengan  Gender-Free I.D. sebagai rujukan untuk jantina dikeluarkan terus.

 

Daty percaya yang doktor tak seharusnya melabel bayi hanya berdasarkan kemaluannya: “Semasa saya dilahirkan, doktor melihat kemaluan saya dan membuat kesimpulan siapa saya harus jadi dan label itu kekal dalam hidup saya sehingga sekarang,” kata Daty kepada CBC. “Tapi semua kesimpulan itu adalah salah dan saya terpaksa berhadapan banyak dugaan disebabkannya.

Artikel asal: Tess Koman (Cosmo – US)

 

A woman who always smiles. And can be very scary if you drive her mad. Selalu percaya kepada prinsip, Execution Is King. Sedang obses ‘bikin’ badan sebab tiada yang lebih menggembirakan setiap wanita bila mereka tampil sihat dan ONS. Lepas dah cantik, inilah masanya ‘tayang’ dengan menggembara. Mahu terbang sebanyak negara yang mungkin kerana… life is an adventure! I agree to live life like there’s no tomorrow.

Editor