Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bawa Bertenang… Semua Ada Penawarnya

Bila-bila kulitmu keradangan dan perlukan bantuan, bila-bila perasaanmu serabut dan perlu ketenangan, produk kecantikan ini hadir menemani dan meredakan ‘taufan’ yang menyelubungimu kerana semua masalah ada penawarnya.

 

 

Rose petals in a bottle! Belif Rose Gemma Concentrate Oil 30ml, RM270 dirumuskan tanpa bahan tambahan untuk melembapkan dan melembutkan kulit yang kering dan kasar dengan aroma mawar yang lembut.

 

Chanel Huile De Jasmin (harga tidak dinyatakan), bila dihangatkan dulu dengan kedua tapak tangan dan hidu aromanya dalam-dalam sebelum diurut ke wajah benar-benar buat kamu rasa tenang (selain menenangkan kulitmu).

 

Terasa seperti kamu sedang menikmati secawan teh sendirian, winding down sambil diselubungi aroma the putih dan bayu lautan… Elizabeth Arden White Tea EDT 30ml, RM175.

 

Bila kulitmu ‘buat perangai’, ada kalanya ia hanya perlukan some tender loving care dengan lembapan. Clinique Moisture Surge™ Hydrating Supercharged Concentrate, RM150 seperti memuaskan dahaga kulit yang membantu melegakan daripada kekeringan dan tekanan persekitaran.

 

Minyak pati mawar dengan minyak pati Magnolia dan Geranium membangkitkan deria, menyaluti kulit dengan kelembutan serta kemewahan sambil mengembalikan keanjalan dan keserian kulit. Sisley Black Rose Skin Infusion Crem, RM750.

 

Kembalikan keselesaan pada kulit dan jana semula kualiti kulitmu tanpa ketegangan, Sothys Repair Balm, RM390, terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kerengsaan kulit selepas perawatan laser atau pengelupasan kimia.

 

Kulit sering keradangan ringan atau bermasalah ekzema atopi yang buast kulit gatal, kemerahan, kering dan merekah. The Face Shop Dr.Belmeur Alto Salt Cream, RM139.90 mengandungi 8% garam laut mati untuk melegakan dan melembap.

 

Laneige Water Sleeping Mask, RM120 dengan Sleepscent™ Lavender bertindak melembap dan mendetoks dan dengan aroma lavender yang lembut, membantu kamu tidur lebih lena.

 

Foto: Edmund Lee

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru