Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Basah Atau Kering, Kamu Tetap Dilindungi

Begitu banyak pilihan kerana  kamu perlukan perlindungan setiap hari dari matahari, pencemaran, tekanan dan gaya hidupmu. Pastikan kamu sentiasa dilindungi!

 

 

Chanel UV Essentiel Gel-Crème, RM220 merangsang kuasa semula jadi kulit untuk melindungi.

Kiehl’s Dermatologist Solutions Ultra Light Daily UV Defense, RM160 memastikan tiada penuaan kulit pra-matang berlaku.

The Body Shop Skin Defence Multi-Protection Essence, RM125, tekstur ringan dengan manfaat pencerahan.

Son & Park Skin Fit Foundation, RM129 (www.zalora.my) menggabungkan solekan dan colour correcting untuk kulit kusam.

Clarins BB Beauty Perfector, RM180 adalah mekap, pelembap, penyamar… Ia semua dalam satu untuk a perfect complexion.

Diorsnow Fresh CC Brightening Tinted Fluid Colour Correction Second Skin Finish, RM240 menawarkan kesempurnaan dan perlindungan yang mutlak.

 

 

Skeyndor Sun Expertise Dry Touch Protective Emulsion, RM299 krim wajah dengan perlindungan tinggi yang terasa selesa pada kulit tanpa kesan melekit.

Supergoop! Everyday Sunscreen with Cellular Respond Technology, RM84 (www.sephora.my) mengelak daripada kulit terbakar setiap hari.

Papa Recipe Bombee Soft Sun Stick,  kecil tapi berkuasa, ia seolah cair pada kulitmu dan mudah dibawa.

ZA True White Power Block UV, RM31.90 menawarkan perlindungan 12 jam dengan aroma bedak bayi.

Shiseido UV Protector SPF50, RM148.40 dengan formula sangat kalis air, kamu tidak terhad melakukan aktiviti luar, basah atau kering.

SunPlay Sport UV Body Mist SPF120 PA ++++, RM58.90 buat kamu selesa dengan semburan sejuk sambil kamu bersukan.

 

Foto: 123rf.com/Jason Lee

Pertama kali berjumpa orang akan ingat saya garang (memang pun!) dan sombong (langsung tak!)… Tapi bila buka mulut, semua ‘hancur’. Beauty is my passion but I keep me natural most of the time. Menyanyi dalam kereta adalah terapi saya. I love music and travelling, jadi sila ajak saya jalan-jalan. Jangan serabutkan otak dengan perkara negatif, belajar untuk ‘let it gooo, let it gooo…’, kamu akan menjadi seorang yang lebih bahagia.

Beauty Guru