Bantuan Kecemasan Untuk Telefon Pintar
smart phone telefon pintar

Bantuan Kecemasan Untuk Telefon Pintar

Skrin telefon pintar kamu retak? Atau kamu tercampak sekali telefon kesayangan kamu tu ke dalam mesin basuh? Alahai! Jangan risau, Cosmo beri bantuan pantas untuk kamu hadapinya.

 

smart phone telefon pintar

 

1. Cermin telefon pintar pecah

Kamu perlu membeli cermin baru untuk digantikan pada gajet kamu itu, kebanyakan pusat pembaikian telefon bimbit boleh melakukannya. “Pilihan lain adalah membeli pelindung skrin dan ‘baju’ telefon bimbit (ada banyak pilihan di kedai gajet),” kata Shane Chiang, Ketua Kommunikasi HTC, Asia Selatan. Pelindung skrin akan memegang kaca skrin, manakala bumper membantu menyerap hentakan jika ia terjatuh lagi. Sesetengah pengeluar telefon bimbit akan membaiki skrin (dengan syarat tertentu) secara percuma, jadi pastikan kamu tahu terma dan syaratnya bila membeli telefon baru.

 

2. Kad sim kamu salah saiz

Kamu boleh ‘potong’ kad sim (untuk jadikannya lebih kecil) di kebanyakan kedai gajet. Atau pergi ke kedai telefon bimbit dan minta untuk pertukaran sim, termasuk memindahkan nombor kamu dari kad sim lama ke baru. Kamu perlu bayar untuk kad sim yang baru dan mungkin ada caj perkhidmatan. Nota: Maklumat peribadi kamu (nombor telefon, gambar) tidak akan dipindahkan.

 

3. Telefon bimbitmu terkena air

Sama ada puncanya kolam mandi, tandas, hujan, lopak atau teh o ais limau, cecair selalu ‘tertarik’ dengan telefon bimbit. Chiang mencadangkan supaya kamu membuka gajet yang tercemar dengan segera dan keluarkan baterinya. Selepas itu, gunakan pengering rambut pada suhu rendah untuk keringkannya sehingga air tersejat. Jika kamu tiada pengering rambut, dia cadangkan supaya kamu ‘rendam’ ke dalam satu beg beras selama dua hari kerana beras mampu menyerap air. Apabila sudah kering, bawanya ke pusat pembaikian untuk pemeriksaan, manalah tahu ada kerosakan kekal. Sebaiknya, tanya tentang polisi kerosakan disebabkan air setiap kali kamu membeli telefon pintar baru.

 

4. Telefon kamu dicuri

Kerana mencegah lebih baik daripada merawat, Chiang menasihatkan supaya semua nombor telefon diback-up. Satu cara adalah klon kad sim kamu. Simpan semua maklumat contact dari kad sim semasa ke simpanan yang terbina dalam gajet kamu, dan masukkan sim back-up ke telefon bimbit. Simpan maklumat dari telefon ke dalam kad sim back-up kamu. Muatan kad sim sangat terhad, jadi jika kamu mempunyai banyak nombor telefon, pilihan yang bagus adalah untuk menggunakan  perkhidmatan Cloud. Dari aplikasi asal di telefon kamu, contohnya, Google boleh bantu menyimpan semua maklumat secara online, dalam akaun peribadi, di mana kamu boleh mendapat akses dari mana-mana gajet, dengan syarat kamu ada kata kunci yang betul!

 

Foto: 123rf.com

 

Suka mengembara, cuba resipi baru, buat cross-stitch, masuk muzium – tapi kebanyakannya sempat buat dalam fikiran saja sebab susahnya nak cari masa terluang! Lebih suka memerhati daripada bercakap (penat kan cakap banyak?) dan sangat menghargai seni. Cara jadi wanita bahagia? Jangan peduli apa kata orang. Jika tak penting, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Jangan biar ia mengganggu emosi dan minda kamu.

Sub-Editor