Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Baiki Telefon Pintar Dengan Harga Berpatutan Menerusi Aplikasi COVER

Kamu kini boleh membaiki kerosakan telefon pintar kamu menerusi aplikasi COVER dengan kos yang berpatutan!

COVER IT Sdn Bhd telah melancarkan aplikasi telefon pintar baru, COVER yang merupakan sebuah aplikasi inovatif berasaskan penetapan pelan untuk memperbaiki telefon pintar. Aplikasi ini merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan kemudahan untuk membaiki kerosakan tidak sengaja telefon pintar dan menawarkan penjimatan kos yang ketara.

COVER, aplikasi yang dapat membantu kamu membaiki telefon pintar tanpa perbelanjaan yang tinggi dan yang lebih penting lagi ia dapat digunakan dengan cara yang sangat mudah. Ia membantu pengguna menjimatkan wang, masa dan tenaga. Apa yang kamu perlu lakukan ialah dengan memuat turun aplikasi ini dan melanggan pelan pembaikpulih yang melindungi telefon pintar anda. COVER menawarkan pelan pembaikpulih selama 6 bulan dengan harga hanya RM90. Itu serendah 50 Sen sehari untuk memberi kemudahan dan kelancaran.

Oleh kerana COVER merupakan aplikasi, semua yang kamu perlukan untuk membaiki telefon pintar boleh diakses melalui aplikasi ini. Aplikasi ini menyediakan bantuan 24/7 sebaik sahaja kamu melanggan. Sekiranya kamu ada mengalami salah satu dari 10 jenis kerosakan yang dilindungi oleh aplikasi ini, kamu hanya perlu menfailkan laporan atau mengemukakan pertanyaan melalui aplikasi COVER. Kamu kemudian akan dirujuk kepada ejen terdekat untuk memperbaiki telefon pintar yang rosak. Ejen COVER berada di lokasi sekitar Lembah Klang.

Apabila kamu melanggan COVER, kamu akan menikmati perlindungan untuk 10 jenis kerosakan akibat kemalangan.

  • Skrin Retak
  • Kerosakan Skrin Sentuh
  • Kerosakan Kamera
  • Kegagalan Bateri
  • Kegagalan Butang Halaman Utama
  • Kegagalan Port Pengecasan
  • Kerosakan Pembesar Suara
  • Kegagalan Mikrofon
  • Bicu Fon Kepala
  • Kegagalan Butang Bunyi

Aplikasi COVER merupakan cetusan idea dari Ketua Pegawai Eksekutif/Pengasas COVER IT Sdn Bhd, Muhamad Zaid Samsuri. Sebagai pengguna telefon pintar, beliau telah mendapat ilham untuk membangunkan pelan pembaikpulih telefon pintar melalui aplikasi mudah alih selepas beliau mengalami kos pembaikan yang tinggi, masa menunggu yang lama dan kekurangan ejen pembaikan yang boleh dipercayai apabila telefon pintar beliau mengalami kerosakan.

https://www.instagram.com/p/Bb3p5pLF1dU/?taken-by=cover4umy

Menurut Zaid, objektif COVER ialah untuk memberi pengguna telefon pintar aplikasi mesra pengguna dan pelan pembaikpulih yang mampu dimiliki seraya membantu mereka menjimatkan wang dalam jangka panjang terutama dalam landskap ekonomi yang tidak menentu sekarang.

COVER kini dipasarkan di Lembah Klang dan boleh didapati di seluruh negara tidak lama lagi. COVER sekarang tersedia untuk dimuat turun Google Play dan Apple App Store.

Untuk maklumat lanjut tentang COVER, sila layari www.cover4u.com.my atau ikuti di Facebook dan instagram pada cover4uMy.

 

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness