Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bahana Pornografi Terhadap Perhubungan Kamu Dan Pasangan

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse
Mungkin kamu berpendapat ia boleh bantu naikkan nafsu kamu dan suami di ranjang. Tapi tahu tak tabiat ini sebenarnya boleh membunuh hubungan seksual serta libido? Jadi tanya diri kamu, ‘Do you really want to do it like a porn star?’

 

Foto: shutterstock.com

Seperti Karma Sutra atau artikel seks Cosmopolitan, pornografi boleh jadi salah satu ‘bahan kajian’ untuk menyemarakkan lagi hubungan seksual kamu bersama suami. Ada juga pasangan yang suka berfantasi bak pelakon di dalam filem X-rated itu. Tapi ramai antara kita yang tidak tahu impak negatif pornografi terhadap kehidupan seksual. Cosmo rungkai isu ini.

 

1) ANTARA REALITI DAN FANTASI

Jika kamu terlalu taksub dengan imej serta visual pornografi, kamu pasti keliru membezakan realiti dan fantasi. Benar, kamu perlukan fantasi untuk nikmati sesi intim yang hebat. Tapi jika fantasi kamu tidak seiring dengan realiti, (contohnya perjalanan seks ataupun visual pasanganmu), ia akan membantutkan keinginan sekali gus ‘membunuh’ deria seksualmu. Menurut statistik daripada Women’s Aid Organisation (WOA), lelaki mahupun wanita boleh mengalami disfungsi seksual daripada ketagihan pornografi.

 

2) IMPAK PSIKOLOGI

Ketagihan pornografi juga boleh memberi impak negatif kepada kesihatan minda dan psikologi. Kebanyakan kes ketagihan kronik sering berakhir dengan penceraian. Menurut statistik daripada Women’s Aid Organisation (WAO), 40 peratus kegagalan rumah tangga berakhir dek hubungan seksual yang semakin ekstrem akibat pengaruh pornografi. Ada juga kes di mana pasangan mereka menjadi terlalu obses sehingga tidak pedulikan keinginan seksual pasangan sendiri dan memilih untuk ‘lakukannya’ berseorangan. Oleh kerana terdapat pelbagai jenis pornografi (child porn, labour sex, dan sebagainya), ketagihan sebegini adalah berbahaya kerana ia boleh mendorong seseorang melakukan perbuatan di luar undang-undang sekali gus mencemarkan kesihatan mentalnya.

 

3) TIDAK MENEPATI JANGKAAN

Apabila kamu sudah terbiasa dengan visual yang dilihat daripada filem pornografi, kamu akan mula mengharapkan gesture yang sama daripada pasanganmu. Ramai tidak sedar bahawa seks yang hebat memerlukan masa, pengalaman serta praktis dan tidak boleh dicapai semudah disangka. Seks umpama senaman, dan apabila pasangan kamu tidak dapat menepati jangkaan serta fantasi seksualmu, ia membuat kamu tidak puas – seolah klimaksmu terbantut.

Kalau tak kenal nampak macam sombong, tapi bila dah kenal rupanya ‘gila-gila’ dan kaki sakat orang. A social butterfly in the concrete jungle that is Kuala Lumpur. Mudah bergaul dan sukakan cabaran serta hargai perbualan mendalam. Curious most of the time, sexy always. Put my best foot forward and is a perfect cocktail of Carrie and Samantha.

Love Expert