Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia

Bagaimana Yoga Boleh Bantu Kamu Ketika “Period Pain”

Period Pain? Rasa macam nak pitam!

Bagi kamu yang sering mendapat kekejangan akibat period, baring sepanjang hari dari lima hingga tujuh hari memang agak sukar. Namun ada rebiu diterbitkan Journal of Alternative and Complementary Medicine, mengatakan keadaan tersebut boleh diatasi dengan senaman yoga, terutama sekiranya kamu sering melakukannya.

Dalam rebiu sama, pakar di London melihat semula 15 kajian tentang efek yoga terhadap simtom menstrual, termasuk kesakitan, kualiti kehidupan, tekanan, mood dan kesihatan mental terhadap wanita berusia 13 hingga 45 tahun. Didapati, wanita yang melakukan yoga 10 minit sehari mampu mengelak dari rasa tidak selesa dan emosi ketika period.

Kajian sedia ada mengatakan: secara ringkasnya, yoga ternyata memberi reaksi pada stress. Menurut penulis Jennifer Oates, pensyarah jururawat kesihatan mental di King’s College London, senaman dilakukan membuat tubuh melepaskan ubat tahan sakit semula jadi dan mengubah kesakitan dialami.

Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami kesempurnaan yoga dan kaitannya dengan period. Termasuk mengetahui jenis pergerakan yoga yang bagaimana lebih efektif, berapa kerap perlu dilakukan dan pusingan bila paling memberi manfaat. Ada kajian mengatakan perlu kelas setiap hari selama 90 minit satu sesi.

Selain itu, tiada kajian menunjukkan senaman yoga akan memberi kesan jangka panjang, jadi jelas sekiranya wanita kerap melakukan yoga, pasti lebih memberi manfaat.

Lebih-lebih lagi period sebulan sekali memang menyakitkan, Qates menyarankan cubalah yoga. Dia menyarankan kamu mencuba kelas Hatha paling kurang satu atau dua kali seminggu sehingga beberapa bulan dan lihatlah hasilnya.

Dan sekiranya melakukan rutin yoga masih menyakitkan kamu setiap kali datang period, dan kamu akan baring dalam posisi bayi di dalam kandungan. Sekiranya itu lebih menyenangkan, lakukanlah. Tidak ada salah pun.

Artikel Asal: Elizabeth Narins

Sumber: Cosmopolitan US