Bagaimana Jessica Alba Raih Pendapatan 340 Juta Dolar Walaupun Tidak Berlakon?
Cosmopolitan - Majalah Paling Laris Di Dunia
jessica alba net worth

Bagaimana Jessica Alba Raih Pendapatan 340 Juta Dolar Walaupun Tidak Berlakon?

Jessica Alba memang tidak memberikan sebarang impak dalam dunia lakonan. Siri TV Dark Angel dan filem Fantastic Four, itu sahaja produk daripada Jessica yang Cosmo masih ingat.

jessica alba net worth

But it’s okay girls, Jessica now is one of the richest self-made women in Hollywood! Mungkin kerana sedar yang nasibnya dalam dunia lakonan tidak menjadi, Jessica beralih ke dunia perniagaan. Jessica adalah pengasas bersama syarikat The Honest Company, yang mengeluarkan produk organik tanpa toksin dan mesra alam, sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

jessica alba net worth

Foto: Forbes.com

The Honest Company kini bernilai lebih 1.7 bilion dolar walaupun sering menerima kecaman dan kontroversi. Pendapatan Jessica setakat tahun 2016 dianggarkan bernilai 340 juta dolar, iaitu naik sebanyak 140 juta dolar dalam masa hanya setahun.

jessica alba net worth

Idea untuk menubuhkan The Honest Company bermula pada tahun 2008, selepas dia melahirkan anaknya, Honor. Tetapi ia dilancarkan pada tahun 2011 selepas cadangannya ditolak oleh ramai pelabur dan rakan kongsi. ” Hampir kesemua rakan kongsi bersikap skeptikal dengan saya. Bagi mereka, bintang Hollywood tidak tahu berniaga dan menguruskan perniagaan”.

“It’s hard for people to take anyone seriously who’s never done this before. They see you only as something else. But all that just gave me fire to move forward,” kata Jessica yang akhirnya berjumpa dengan rakan kongsi terbaik, Christopher Gavigan, Brian Lee dan Sean Kane.

Bagaimana sepanjang dia menceburi bidang perniagaan ini, Jessica telah lalui pelbagai cabaran termasuk pejuang bahan organik memfailkan saman ke atas syarikatnya. Beberapa individu mendakwa produk Jessica bukan 100% organik dan menggunakan bahan terlarang.  “Saya mudah ‘diserang’ sebagai easy target hanya kerana saya selebriti terkenal,” luah Jessica.

jessica alba net worth

Dalam pada itu, Jessica mengakui terkilan dengan dunia lakonan kerana sukar mendapat tawaran berlakon. ” Sejak dari usia remaja, pengarah sering menolak saya kerana rupa paras. Bagi mereka saya tidak cukup “caucasian” untuk watak utama, dan tidak cukup “latin” untuk wanita pembantu. Mereka keliru dengan etnik saya dan melabelkan saya eksotik! Saya bosan dengan keadaan itu”, jelas Jessica yang mempunyai darah Sepanyol, Inggeris dan Eropah.

Foto: Instagram.com/jessicaalba

Fun, wacky and digital junkie. Kalau kamu suka melancong, I am the best travel buddy you will ever meet. Saya menulis semua topik tetapi hiburan dan muzik ialah forte saya. Tiga benda yang buatkan saya gembira – laut, katil yang empuk dan mashed potato.

Randomness